ResepiCheNom
Nasi Ala Kak Wok

Resepi Nasi Ala Kak Wok

Prep 45 minMasak 45 minJumlah 1 jam 30 minHidangan 5 orang

Nasi ala Kak Wok versi Che Nom yang lengkap dan padu, siap dengan gulai berlemak dan sambal belacan yang menaikkan selera. Senang je nak buat, ikut bahan yang ada di dapur.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Gulai

  • ½ cawan minyak masak½ cawan minyak masak
  • 3 biji bawang merah3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 2 sudu besar serbuk kari daging2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk1 sudu besar serbuk rempah kerutuk
  • 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
  • 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher)1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher)
  • 3 batang kacang panjang3 batang kacang panjang
  • 1 biji terung panjang1 biji terung panjang
  • 1 cawan santan segar /½ kotak kecil santan1 cawan santan segar /½ kotak kecil santan
  • sedikit gula nisansedikit gula nisan
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 1 keping asam keping1 keping asam keping
  • 5-6 tangkai cili padi5-6 tangkai cili padi

Bahan Untuk Sambal Belacan

  • 15-20 biji cili padi15-20 biji cili padi
  • 3-4 nbiji cili merah3-4 nbiji cili merah
  • 4 biji limau kasturi (buang biji)4 biji limau kasturi (buang biji)
  • 1 inci belacan1 inci belacan
  • ½ cawan air pati asam jawa½ cawan air pati asam jawa
  • gulagula
  • garamgaram
  • serbuk perasaserbuk perasa

Bahan Untuk Ayam Goreng

  • ½ ekor/600g ayam½ ekor/600g ayam
  • 1-2 sudu kecil garam1-2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • ½ sudu besar serbuk kari daging½ sudu besar serbuk kari daging
  • 1-2 tangkai daun kari1-2 tangkai daun kari
  • 1-2 sudu besar tepung goreng ayam segera/tepung beras/tepung jagung1-2 sudu besar tepung goreng ayam segera/tepung beras/tepung jagung
  • minyak untuk menggorengminyak untuk menggoreng

Cara Buat Nasi Ala Kak Wok

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Gulai

  1. 1
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
  2. 2
    Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air.
  3. 3
    Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
  5. 5
    Masukkan air.
  6. 6
    Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula nisan atau gula melaka dan garam secukup rasa.
  7. 7
    Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
  8. 8
    Masukkan cili padi dan asam keping
  9. 9
    Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata.

Untuk Ayam Goreng

  1. 1
    Potong ayam kepada ketulan saiz kecil.
  2. 2
    Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
  3. 3
    Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
  4. 4
    Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala Kak Wok sudah siap.

Untuk Sambal Belacan

  1. 1
    Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa (pilihan).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selain menggunakan tepung goreng ayam segera, juga boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung beras.
  • Jika tidak mempunyai serbuk rempah kerutuk, boleh saja digantikan hanya dengan gunakan serbuk rempah kari daging untuk dibuat gulai.
  • Perap ayam dahulu sebelum membuat sambal belacan. Selepas sambal belacan siap, barulah goreng ayam kerana akan lebih sedap jika dihidang ayam yang masih panas bersama nasi, gulai dan sambal belacan.
Video
Pengenalan

Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok.

Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur.

Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang penting iaitu sambal belacan.

Diterbitkan pada 12 April 202298.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru