
Nasi Goreng Cendawan Istimewa
Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.
Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini. Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili padi supaya dapat mengimbangi rasa nasi goreng.
Untuk sayur, anda boleh gunakan sayur frozen mixed vegetables yang dijual di pasaran tetapi Che Nom lebih suka sayur kacang panjang dan karot yang dihiris dadu. Ini terpulang kepada selera masing-masing.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 cawan nasi sejuk
- sedikit minyak untuk menumis
- bawang merah, hiris halus
- bawang putih, hiris halus
- cili padi, hiris halus
- isi ayam
- sos tiram
- sotong
- lada sulah
- karot
- telur
- kacang panjang
- cendawan tiram, carik kasar
- garam
- serbuk secukup rasa, jika suka
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris halus.
- 2Masukkan cili padi dan isi ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
- 3Masukkan sos tiram, sotong, lada sulah dan karot yang dipotong dadu tadi.
- 4Tolakkan sedikit bahan-bahan ke tepi dan pecahkan sebiji telur dan kacau hancur. Taburkan sedikit lada sulah di atas telur hancur supaya telur hilang bau hanyir nya.
- 5Masukkan nasi sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan pula kacang panjang dan cendawan tiram.
- 6Kacau sehingga sebati dan cendawan menjadi sedikit layu.
- 7Taburkan sedikit garam dan serbuk cukup rasa.
- 8Angkat dan hidangkan bersama cili potong jika suka.
- •Untuk hasil nasi goreng yang terbaik, gunakan nasik sejuk berbanding nasi yang baru dimasak kerana nasi sejuk lebih keras dan tidak melekit. Jika gunakan nasi yang baru dimasak, hasilnya nanti nasi akan lembik dan berketul-ketul menjadikan nasi goreng tidak sedap rasanya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandi Ayam memadukan keharuman rempah Mandy buatan sendiri dengan ayam yang direbus, diperap, dan dibakar hingga lembut serta berjus. Dihidangkan bersama nasi basmathi wangi, sup ringkas, salad segar, dan sos Harrah pedas, menu ini sempurna untuk acara istimewa atau juadah keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
Diterbitkan pada 18 Januari 2025

Set Ayam Gepuk Ala Top Universe
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.
Diterbitkan pada 13 Ogos 2024

Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru
Che Nom berkongsi resepi Bubur Lambuk Kg Baru sempena bulan Ramadhan. Resepi warisan ini telah diubah suai untuk kuantiti yang sesuai dimasak di rumah.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Punten
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024

Nasi Lemak Bunga Telang
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Bubur asyura utara
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.