
Resepi Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.
Bahan-bahan
Cara Buat Kuetiau Ladna
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kali ni, jom tengok Che Nom sediakan satu menu ringkas dan satu menu yang tak serabut kalau nak masak untuk dinner pada hari-hari yang sibuk. Inilah resepi Wat Tan Hor atau ada yang panggil Kuetiau Ladna. Sama ke eh. Che nom ada nampak perkongsian social media baru-baru ini dan terus rasa teringin nak makan.
Apa yang bezanya Wat Tan Hor dengan masakan kueytiau lain, kita goreng dulu kuetiau sampai sedikit garing dgn api besar sampai jadi kesan char dan warna gelap pula hasil dari campuran kicap. Nak lagi best guna Chinese wok, okay.
Kemudian, kita masak pulak kuah udang yang pekat, penuh dengan sayur-sayuran dan ada telur pecah lagi. Tuang kuah atas kuey tiau goreng kicap, memang cukup menarik dan sedap hasilnya. Pekena pulak dengan cili kicap, tersandar terus lepas makan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









