
Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina, sejenis nasi goreng yang sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak atau untuk orang yang tidak suka dengan makanan pedas. Untuk resepi ini Che Nom gunakan kiub ayam, minyak bijan dan lada sulah sebagai penambah rasa kerana nasi goreng cina ni memang tidak banyak bahannya dan warnanya juga harus bebas warna merah dari cili atau kicap. Warna menarik nasi goreng ini datang dari sayuran campur yang pelbagai warna. Oleh kerana tak gunakan sayur campur, Che Nom gantikan dengan sayur kacang panjang dan karot. Seelok-eloknya anda gunakan sayur campur jika ada.
Minyak pula jangan terlalu sedikit kerana nanti nasi goreng akan melekat bila dimasak (atau tidak peroi) dan ini juga kerana telur menyerap minyak yang banyak bila digoreng. Rasa nasi goreng juga akan jadi tidak sedap dan kurang menarik jika nasi berketul. Jadi, pandai-pandailah anda mengagak minyak masa masak nanti.
Kalau anda suka pedas, boleh hidangkan bersama sambal belacan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 mangkuk nasi putih
- 2 biji telur
- isi ayam, hiris nipis
- isi udang
- sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
- lada sulah
- 1 kiub ayam
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- sedikit minyak untuk menumis
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- bawang goreng
- hirisan daun bawang
- hirisan cili
- timun
- sambal belacan
- 1Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 2Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
- 3Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
- 4Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
- 5Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
- 6Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.
- •Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng. Che Nom selalu letak di bawah kipas dahulu untuk sejukkan nasi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






