
Resepi Nasi Goreng Pattaya
Nasi goreng berperisa dibalut kemas dengan telur dadar nipis ala Pattaya, memang sedap dan nampak special. Buat sendiri di rumah, hidang dengan timun dan tomato pun dah cukup padu.
Bahan-bahan
Cara Buat Nasi Goreng Pattaya
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
- 2Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
- 3Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
- 4Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 5Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
- 6Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 2 hidangan
- Kalori
- 630 kcal
- Protein
- 29 g
- Karbohidrat
- 56 g
- Lemak
- 30.5 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 1080 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 2 cawan nasi dan 2 biji telur dikira 2 pinggan (satu telur dadar setiap pinggan).
- 'Sedikit isi ayam' dianggar 80 g dan 'sedikit sayur campur' 100 g.
- 3 sudu besar minyak dikira kekal sepenuhnya dalam nasi goreng.
- Kiub ayam dan kicap cair adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Nasi Goreng Pattaya, masakan yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia.
Nasi goreng dibungkus dalam lapisan nipis telur dadar dan dilipat berbentuk empat segi.
Selalunya dihidang bersama timun dan tomato. Kalau selalunya kita makan di restoran, apa kata cuba buat sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat Mencuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat








