Resepi Kerepek Popia Sira
Kerepek Popia Sira Pedas yang rangup, pedas, manis dan beraroma bijan yang disangai. Video ini turut berkongsi tips menggulung dan menggoreng popia, serta cara membuat sambal untuk salutan. Kerepek Popia Sira Pedas ini sesuai dijadikan kudapan atau juadah hari raya.

Bahan-bahan
Cara Buat Kerepek Popia Sira
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 380 kcal
- Protein
- 4.5 g
- Karbohidrat
- 43 g
- Lemak
- 19 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 15 g
- Natrium:
- 200 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '10 keping' dibaca sebagai 10 bahagian hidangan, bukan 10 keping kerepek (50 kulit popia digunakan).
- Kulit popia 50 keping dianggar 450 g; minyak menggoreng tidak disenaraikan, serapan dianggar 13%.
- ½ cawan minyak dalam sira dikira dimakan sepenuhnya bersama salutan gula.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 3/4 cwn air (untuk kisar) bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 180g (cawan US 240ml).
- 1/2 cwn minyak masak bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 109g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Keluarkan kulit popia 30 minit dari peti sejuk sebelum gulung, baru mudah nak leraikan. Kalau keras takut kulit melekat dan koyak pulak.
- Baki kulit yang nak biarkan dekat luar elok tutup dengan kain nak elak keras dan jadi rapuh.
- Jangan gulung kulit popia rapat-rapat sebab kalau tak pertama susah nak tarik chopstick keluar, kedua kulit popia jadi keras bila kita goreng.
- Bila goreng kulit popia pastikan betul-betul tenggelam dan kerap kacau.
- Sambal kena masak garing sebelum masuk gula barulah sambal tu tahan lama dan sedap.
- Kalau sambal dah berbuih maksudnya gula dah mula berkaramel dan sedia untuk disalut. Kalau tak berbuih maksudnya kandungan air masih banyak nanti kulit popia jadi lembik lepas salut.
Video
Pengenalan
Dalam episode kali ni, Che Nom sediakan satu snek yang sangat sedap dan tak boleh berenti kalau makan, iaitu Kerepek Popia Sira Pedas yang sangat rangup, pedas, manis, dan bau pun harum sebab kita letak bijan yang disangai. Bila makan, bukan saja rangup dari popia sira tu, rasa rangup bijan sangai pun buat bagi lebih sedap.
Che Nom mulakan dengan tunjuk cara untuk gulung kepingan popia dengan mudah, kemudian tips menggoreng untuk popia gulung masak dang rangup sekata. Lepas tu kita masak lah pulak sambal untuk salutan. Hasilnya popia akan bersalut cantik sekata dan ranggupnya tu tahan lama. Sekali hadap memang habis sebalang anak-anak Che Nom buat mengunyah sambil tengok TV. Nak buat juadah untuk Raya pon sesuai, gerenti laku keras punyalah. Boleh buat berniaga jugak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









