ResepiCheNom
Nasi Goreng Tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 min

Nasi Goreng Tomyam ala restoran Thai, masam pedas beraroma dari pes tomyam dan cili padi. Paling sedap bila hidang panas-panas, memang membuka selera.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumbuk Kasar

  • 2-3 biji bawang merah2-3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 5-6 tangkai cili padi5-6 tangkai cili padi

Bahan Untuk Lain

  • minyak masakminyak masak
  • 2 sudu besar pes tomyam2 sudu besar pes tomyam
  • 1/2 batang lobak merah1/2 batang lobak merah
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 2 keping kek ikan2 keping kek ikan
  • sedikit airsedikit air
  • 1 ikat kecil sawi (asing batang dan daun)1 ikat kecil sawi (asing batang dan daun)
  • 5-6 ekor udang5-6 ekor udang
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 3 ekor sotong3 ekor sotong
  • 4-5 cawan nasi4-5 cawan nasi
  • 2 sudu besar sis ikan Thai2 sudu besar sis ikan Thai
  • sedikit lada sulahsedikit lada sulah
  • 2 sudu besar kicap cair2 sudu besar kicap cair
  • 2-3 helai daun limau purut2-3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis
  • timuntimun
  • keropok kepingkeropok keping

Cara Buat Nasi Goreng Tomyam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. 2
    Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  3. 3
    Asingkan batang dan daun sayur sawi dan potong.
  4. 4
    Potong dadu carrot.
  5. 5
    Hiris nipis serai, fish cake dan timun.
  6. 6
    Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. 7
    Masukkan carrot, paste tomyam, batang sawi, fish cake dan air sikit (supaya paste tomyam larut).
  8. 8
    Masukkan serai.
  9. 9
    Masukkan udang dan telur.
  10. 10
    Masukkan sotong.
  11. 11
    Tambah minyak jika perlu (nasi kalau kurang minyak jadi x berapa garing).
  12. 12
    Sekarang masukkan nasi (lagi elok kalau guna nasi sejuk atau dimasak semalam sebab tak melekat).
  13. 13
    Masukkan nasi sikit-sikit supaya senang nak kacau sekata.
  14. 14
    Masukkan sos ikan Thai.
  15. 15
    Tambah sedikit lada sulah.
  16. 16
    Tambahkan kicap cair (optional).
  17. 17
    Masukkan daun sawi.
  18. 18
    Masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
  19. 19
    Tambah minyak jika perlu.
  20. 20
    Kacau sehingga ada kesan garing dari kuali sikit.
  21. 21
    Tambah sikit kicap manis.
  22. 22
    Hidang dengan hirisan timun dan keropok goreng.
  23. 23
    Boleh tambah cili potong dan sambal belacan.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….

jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..

Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Diterbitkan pada 30 Jun 20209K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru