Nasi Briyani Pakistan

Nasi Briyani Ayam style Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya. Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu…sbb tu lah nasi jadi lembut sgt dan mudah nak masak sbb kita tak perlua agak sukatan air. Kemudian dilapis dengan lauk yg kita masak.

NOTA: 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 biji tomato (kisar asing tomato)
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1/2 ekor ayam (7 ketul)
    • 3 sudu besar rempah briyani
    • 3-4 sudu besar yoghurt asli
    • 1/2 sudu besar garam
    • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Bahan-bahan untuk digoreng:
    • 1 cawan gajus
    • 8-10 biji bawang merah kecil
  • Bahan-bahan untuk masakan ayam:
    • 2 cawan minyak masak
    • 1 biji bawang holland
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum cengkih
    • 1 helai daun salam
    • 1 biji kentang
    • 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
    • 1/2 mangkuk kismis/prune kering
    • 1 ikat daun ketumbar
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
    • 2 liter air
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 kuntum cengkih
    • 1 helai daun salam
    • 1/2 sudu kecil lada hitam
    • garam (cukup sehingga air rasa masin)
    • sedikit minyak
    • 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air
    • ** RALAT: abaikan sukatan air 1/4 cawan di video
    • pewarna kuning untuk hiasan
  • Bahan-bahan untuk salad:
    • 1/2 biji bawang holland
    • 1 biji tomato
    • 1 batang timun
    • jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
    • sedikit gula
    • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam:
    1. Cincang kasar bawang putih dan halia.
    2. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang holland.
    3. Potong kentang dan tomato kepada ketulan besar.
    4. Hiris kasar daun ketumbar dan daun pudina.
    5. Sediakan kismis atau prune kering, potong kecil-kecil kalau prunee kering.
    6. Bland bawang putih, halia dan air.
    7. Kisar halus tomato.
    8. Perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah dikisar, rempah briyani, yoghurt asli, garam, lada hitam dan gaul sebati.
    9. Perap ayam selama 1/2 jam.
    10. Panaskan kuali dan goreng gajus sehingga keperanggan kemudian angkat.
    11. Goreng pula kentang sehingga keperanggan dan kemudian angkat.
    12. Goreng bawang merah sehingga kekuniggan dan kemudian terus angkat.
    13. Keluarkan sedikit minyak dan mula menumis bawang holland.
    14. Masukkan minyak sapi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam (daun bay).
    15. Bila bawang dah lembut dan semua bahan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap.
    16. Tambah sedikit bawang goreng (jangan habiskan, simpan utk taburan).
    17. Masukkan tomato yang dikisar halus.
    18. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
    19. Masukkan cili padi hijau (dibuang tangkai dan belah hujung) , kentang, kismis atau prune kering, garam, sedikit hirisan daun ketumbar dan sedikit yogurt.
    20. Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, masukkan gula dan tambah air kalau kuah kering sangat.
  2. Cara-cara untuk nasi:
    1. Rendam beras basmathi selama 10 minit dan tapis.
    2. Panaskan air, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih), daun salam, lada hitam dan garam.
    3. Masukkan beras dan masak sehingga mendidih (dalam 70 % masak).
    4. Tapis air.
    5. Tuang sedikit minyak ke atas beras (supaya tak melekat) dan ratakan.
    6. Bahagi nasi kepada 3 bahagian dan ayam dua bahagian.
    7. Susun mengikut urutan beriku:
    8. Pertama masukkan nasi kedalam kuali @ rice cooker dan ratakan.
    9. Kedua masukkan ayam dan kuahnya sekali.
    10. Ketiga masukkan nasi dan ratakan.
    11. Keempat masukkan ayam beserta kuahnya, bawang goreng hirisan daun ketumbar.
    12. Dan lapisan terakhir tuang kesemua nasi dan tabur lagi bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
    13. Tuang sedikit minyak.
    14. Titik sedikit pewarna kuning @ saffron.
    15. Tuang susu cair yang telah dicampur dengan air.
    16. Tutup denga penutup yang telah dibalut dengan towel atau kain.
    17. Masak sehingga 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
    18. Bila nasi dah masak, tutup api dan rehatkan 1/2 jam dengan penutup (jangan kacau lagi waktu ni).
    19. Kalau nasi masih keras sikit, boleh tambah sikit lagi air dan sambung masak.
    20. Geburkan nasi dan taburkan dengan kacang gajus dan hirisan daun ketumbar.
  3. Cara-cara untuk salad:
    1. Potong dadu kecil bawang holland, tomato (buang bahagian biji tengah), timun (buang bahagian biji tengah).
    2. Perah jus lemon dan tuang kedalam salad.
    3. Masukkan juga gula, serbuk lada hitam dan garam.
    4. Kalau nak tambah minyak zaitun pon boleh.
    5. Gaul sebati dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidang.

Tip:

  • Tip nak tau nasi dah masak ke belum, bila nasi lembut dan kembang dan wap keluar banyak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.