ResepiCheNom
Donut Tanpa Telur

Resepi Donut Tanpa Telur

Prep 50 minMasak 10 minJumlah 1 jamHidangan biji

Resepi Donat gebu dan lembut tanpa telur. Video ini menunjukkan tips untuk hasilkan donat yang sempurna, termasuk cara menggoreng donat supaya perang sekata dan tak serap minyak. Resepi ini sesuai untuk mereka yang alah pada telur atau vegetarian.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • 2 cwn tepung gandum atau tepung roti2 cwn tepung gandum atau tepung roti250g
  • 2 sb majerin2 sb majerin28g
  • 1 sk serbuk penaik1 sk serbuk penaik4g
  • 1/2 cwn air suam1/2 cwn air suam120g
  • 2 sk yis2 sk yis6g
  • 1 sb gula1 sb gula13g
  • 2 sb susu pekat manis2 sb susu pekat manis39g
  • 1/2 cwn air (utk tambah masa uli jika perlu)1/2 cwn air (utk tambah masa uli jika perlu)120g
  • Gula kastorGula kastor
  • Serbuk kayu manis (jika suka)Serbuk kayu manis (jika suka)

Cara Buat Donut

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Donut

  1. 1
    Bancuh yis dengan air suam, gula dan susu pekat manis. Biarkan 5-10 minit.
  2. 2
    Gaul tepung gandum, baking powder dan garam.
  3. 3
    Bila adunan yis dah berbuih, tuang masuk dalam adunan kering dan gaul sebati.
  4. 4
    Tambah air (jika perlu) dan uli sampai boleh bentuk.
  5. 5
    Tambah majerin dan uli sampai doh tak melekat pada tangan.
  6. 6
    Sapu minyak pada mangkuk, letak doh yang kita uli tadi, tutup dengan kain dan perap sampai naik 2x ganda.
  7. 7
    Bahagi doh kepada 25g setiap satu (kalau nak besar boleh buat 30g).
  8. 8
    Bulatkan doh, leperkan dan tekan dengan chopstick di tengah untuk buat lubang.
  9. 9
    Letak atas kertas baking atau talam yang ditabur tepung dan biarkan doh kembang.
  10. 10
    Panaskan minyak dan goreng dalam minyak sederhana panas sampai donut perang dan gebu.
  11. 11
    Angkat dan toskan minyak. Biarkan donut suam.

Gula

  1. 1
    Gaul sekata gula dengan serbuk kayu manis.
  2. 2
    Salut donut dengna gula masa masih suam-suam panas.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 sk garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
2 cwn tepung gandum atau tepung roti bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Nak buat roti ni eloknya time panas, kalau hujan yis pon tarik selimut malas nak buat kerja, sejuk kan.
  • Tip untuk jimat, beli yis pek 500g lepastu asingkan masuk dalam plastic zip lock dan simpan dalam freezer, cara ni lebih murah dari beli pek yang kecik tu dan tahan untuk jangka masa panjang.
  • Boleh guna tepung roti (high protein), hasil kalau guna tepung roti lebih gebu dan lembut.
Tunjuk semua petua (7)
Petua & Panduan
  • Jangan overproof atau lama sangat nanti hilang structure dan texture donut, tak kembang gebu bila kita goreng nanti.
  • Goreng dalam api sederhana, kalau api besar nanti luar donut cepat sangat perang tapi dalam tak masak lagi.
  • Minyak kena banyak sampai terapung sebab kita nak donut perang sekata.
  • Untuk elak donut serap minyak, pertama jangan goreng penuh-penuh kuali nanti suhu minyak jatuh. Kedua jangan kerap alih, tunggu masak sebelah bawah baru alih.
Video
Pengenalan

Untuk resepi special kali ni, Che Nom nak sediakan donat yang amat gebu, yang lembut di dalam dan montok hasilnya tanpa guna telur. Bahan nya basic aja, tapi yang penting teknik nya tu baru lah dapat hasil yang mantap. Jadi pastikan anda tengok sampai habis sebab banyakk sangat tips yang Che Nom nak share dalam video ni untuk hasilkan donat yang perang, lembut berongga dan super sedap , gerenti laku keras punyalah.

Bermula dengan cara untuk penyimpanan dan aktifkan yis, cara untuk adun doh mengikut jenis-jenis tepung, cara nak betukkan donuk supaya montok hasilnya tanpa acuan pun dan tips menggoreng supaya hasil donut perang sekata, masak sempurna dan juga tak serap minyak ha.

Resepi ni pun sesuai sangat untuk sesiapa yang allergic telur atau sesiapa yang vegetarian.

Diterbitkan pada 25 Januari 202428.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru