ResepiCheNom
Nasi Lemak Tumis

Resepi Nasi Lemak Tumis

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 min

Nasi lemak versi tumis ni buat nasi jadi lebih wangi, lemak dan ada manis bawang yang sedap. Memang ngam makan dengan ayam goreng berempah atau ayam rendang.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3 cawan beras3 cawan beras
  • santan, agak-agaksantan, agak-agak
  • 3 biji bawang merah3 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil halba1 sudu kecil halba
  • 1 inci halia, hiris nipis1 inci halia, hiris nipis
  • 1 batang halia, ketuk1 batang halia, ketuk
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • sedikit minyak untuk menumissedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Nasi Lemak Tumis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh beras dan toskan.
  2. 2
    Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. 4
    Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
  5. 5
    Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
  6. 6
    Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba.

Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih wangi dan rasa manis bawang yang ditumis tu menambahkan rasa manis yang tersendiri. Sedap dihidang bersama ayam goreng berempah atau ayam rendang.

Terim kasih kepada kak ita kerana sudi berkongsi. Anda harus cuba resepi ini.

Diterbitkan pada 13 Julai 201862.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru