Sambal Kicap dan Pisang Tanduk Goreng
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu street food yang sangat terkenal, dan sangat lah menjadi kegemaran ramai iaitu Sambal Kicap dan Pisang Tanduk Goreng.
Sambal kicap kalau makan dengan pisang goreng ni of course lah asal dari Johor kan. Tapi sekarang ni orang negeri lain pun pandai makan. Che Nom sejak pindah duduk Selangor, baru lah pandai makan terutama kalau cicah dengan pisang tanduk. Gabungan kedua nya tu memang kena dan sedap sangat.
Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan sambal kicap yang walaupun nampak mudah, tapi kalau tersilap bajet bahan tak jadi dik. Dan kemudian Che Nom tunjuk cara goreng pisang tanduk yang rangup berkriuk-kriuk hasilnya.
Bahan-bahan:
- Bahan sambal kicap:
- 7 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- 15-20 tangkai cili padi
- 1 ketul gula melaka (mini)
- 1/2 - 1 cwn kicap
- Bahan pisang goreng:
- 2 biji pisang tanduk
- 1 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sk gula
- 1 sk serbuk penaik
- 1 sk garam
- 2 sb air kapur makan (optional)
- 2-3 titik pewarna kuning
- 1 cwn air (tambah sikit-sikit dan pastikan tak terlalu cair)
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk sambal kicap:
- Potong kasar bawang putih dan bawang besar. Cili padi patahkan dua.
- Panaskan minyak dan goreng bawang-bawang sampai layu.
- Masukkan cili padi dan goreng semua sampai layu.
- Angkat cili dan bawang goreng kemudian masukkan dalam blender.
- Kisar kasar bahan goreng tadi dengan kicap, gula melaka dan garam.
- Cara-cara untuk pisang goreng:
- Bancuh tepung beras, tepung gandum, gula, serbuk penaik dan garam dengan air sejuk (dari peti ais).
- Tambah pewarna kuning (atau serbuk kunyit) dan air kapur makan.
- Kupas pisang dan potong menyerong anggaran 1cm tebal.
- Panaskan minyak, celup pisang dalam tepung salutan kemudian goreng pisang.
- Nak lebih kriuk-kriu boleh drizzle tepung salutan atas pisang (masa tengah goreng).
- Bila pisang goreng dah mula ranggup, boleh leraikan kemudian angkat.
Tip:
- Tips tak nak cili meletup bila goreng, patahkan cili.
- Kalau nak sambal kicap versi kurang pedas boleh letak ½ cabai besar dan lagi 12 cili padi.
- Kalau takda pisang tanduk, boleh ganti dengan pisang lain contohnya pisang abu atau pisang awak.
- Tepung salutan pisang Nangka kalau cair sangat nanti bila kita celup kurang melekat dan jadi lembik lepas goreng.