Udang Kam Heong

Kali ni Che nom nak share resepi special yang kena sangat kalau kita masak dengan udang terutama kalau ada dang fresh tu kan, iaitu udang masak Kam Heong.

Sesuai juga sebagai menu dapur bujang sebab tak banyak pon bahan, nak masak pon cepat, cuma kena ikut lah tips yang Che Nom share dalam resepi ni supaya udang kita tak terlebih masak, sedang elok hasilnya nya.

Siapa yang cipta masakan kam heong ni memang hebat, nak buat nya cukup simple, tapi hasilnya tu masyaAllah, cukup sedap, bila makan menjilat jari sebab ada rasa pedas, rasa berempah, rasa masam manis, dengan wangi daun kari, fuh rugi kalau anda tak pernah makan masakan ni.

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor udang (saiz besar)
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 sb udang kering
  • 6-8 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 1/2 sb rempah kari ikan/daging
  • 2-3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram

Cara Penyediaan:

  1. Cincang halus bawang merah, bawang putih.
  2. Cili padi buang tangkai dan potong menyerong.
  3. Udang trim kepala dan buang tali hitam. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit kemudian perap sekejap.
  4. Bacuh kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  5. Udang kering basuh dan toskan kemudian tumbuk sampai hancur.
  6. Panaskan minyak kemudian gaul udang dengan tepung jagung. Bila minyak dah panas terus goreng udang.
  7. Bila udang dah garing, boleh angkat dan ketepikan dulu.
  8. Keluarkan minyak goreng udang, tinggal anggaran 1 senduk.
  9. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering sampai naik bau.
  10. Masukkan daun kari, cili padi, serbuk kari ikan dan air.
  11. Bila rempah dah nampak garing, masukkan bancuhan sos dan air sikit. Tumis sampai pecah minyak.
  12. Masukkan gula dan serbuk seasoning kalau suka.
  13. Tuang masuk udang goreng dan baki cili padi.
  14. Tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang.

Tip:

  • Salut udang dengan tepung jagung dekat-dekat nak goreng sebab kita tak nak udang ni basah.
  • Jangan goreng udang penuh kuali, sebab nanti lambat garing dan overcook dekat dalam. Seeloknya goreng pecah kepada 2 bahagian.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: