Soft Chocolate Chip Cookies

Kali ni Che Nom nak share resepi biskut yang tengah viral, iaitu Soft Chocolate Chip Cookies yang chewy texture nya tu. Chewy tu macam biskut lemau, tapi bukan lemau.

Ada beberapa tips untuk dapatkan bentuk yang tebal atau pon nipis. Kalau nak dapat yang nipis sangat tu kena letak lebih gula dan hasil pun memang sedap. Tapi kali ni Che Nom share versi yang tak nipis sangat, soft dan chewy juga tak terlalu manis dan memang sedap kalau kita makan cicah susu sejuk.

Makan sebagai snek di waktu malam lepas cookies keluar dari oven suam-suan panas tu memang best. Cookies ni memang kalau makan waktu fresh lebih sedap. Siapa peminat soft cookies jom lah cuba.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cwn / 113g mentega unsalted
  • 1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis)
  • 1/4 cwn / 50g gula putih
  • 1/4 tsp garam
  • 1 telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 1/4 cwn / 160g tepung gandum
  • 3/4 tsp baking soda
  • 200g campuran coklat coins dan cip

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan butter dalam atas api perlahan sampai cair.
  2. Gaul tepung gandum dan baking soda.
  3. Cincang kasar dark chocolate coin.
  4. Gaul sebati gula perang, gula putih, garam dan mentega cair, telur dan esen vanilla.
  5. Ayak bahan kering dan masuk dalam adunan cair.
  6. Gaul sebati sampai dapat doh yang pekat bertali.
  7. Masukkan semua coklat coin dan coklat chip. Kemudian kacau sebati.
  8. Tutup dan rehat dalam freezer 20-30 minit atau 1 jam dalam chiller.
  9. Gris Loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  10. Bentukkan doh dengan cookies scoop (saiz 5cm) atau bahagi kepada 10-12 biji.
  11. Susun atas baking tray. Kalau suka cookies yang leper boleh tunggu doh hilang sejuk atas soft dan tekan sikit biar rendah.
  12. Susun coklat chip atas cookies dan tekan biar melekat.
  13. Bakar suhu 190C selama 13-15 minit.

Tip:

  • Masa cairkan butter api slow takut nanti tepi-tepi hangus, jadi pahit pulak nanti.
  • Kalau nak ganti dark chocolate coin dengan milk chocolate coin atau chocolate chip pon boleh.
  • Boleh jadikan 1/2 cwn gula perang kalau suka lebih manis.
  • Kalau suka nuts boleh tambah tapi kena kurangkan sikit gula.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: