Apam Pisang Kukus

Resepi kali ni memang terpaling mantap. Kenapa yang mantap sangat tu. Sebab hasilnya sangat lah best, lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Ini lah dia apam pisang kukus yang sesuai buat berniaga. Nak buat minum petang atau sarapan memang terbaik.

Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap. Biasanya kalau buat apam atau kek pisang, jenis pisang sesuai kena yang manis contoh macam pisang berangan atau pisang emas, pisang tanduk tak sesuai lah. Ada tips penting untuk dapatkan apam berurat pisang dan juga hasil apam yang optimum gebunya tu, tonton sampai habis ok.

Bahan-bahan:

  • 4-5 biji pisang ATAU 1 cawan pisang lenyek
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn /100g gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 cwn /125g tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk jus limau/lemon
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cwn /113g minyak jagung

Cara Penyediaan:

  1. Lenyek pisang dan sedikit garam dengan masher sampai halus.
  2. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder.
  3. Kacau telur, gula perang dan esen vanila sampai pekat.
  4. Masukkan pisang lenyek dan jus lemon kemudian sambung kacau.
  5. Tambah bahan ayak dan minyak jagung/canola kemudian kacau sebati.
  6. Gris acuan spiral dengan minyak masak.
  7. Potong pisang nipis-nipis untuk hiasan.
  8. Isi adunan apam dalam acuan dan hias dengan hirisan pisang (pilihan).
  9. Kukus selama 10-15 minit.

Tip:

  • Sapa yang suka manis boleh letak gula 34 cawan tapi kalau ikut resepi ni pon dah cukup manis.
  • Untuk tambah performance bahan penaik kita kena tambah jus lemon atau sebarang asid contoh cuka makan. Asid bila bertindak balas dengan baking soda akan hasilkan gelembung gas carbon dioxide, jadi sebelum bakar, gelembung dah mula terhasil.
  • Gris minyak tu jangan banyak sangat nanti apam jadi berkuah minyak pulak. Pakai berus baru senang nak sapu.
  • Balut tudung pengukus dengan kain untuk elak wap jatuh atas apam.
  • Kalau urat pisang tak berapa nak Nampak lepas kukus mungkin bancuhan terlebih tepung berbanding pisang, kena balancekan jugak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: