
Ayam Masak Ketumbar
Kali ni jom tengok Che Nom nak masak satu hidangan yang pasti mak-mak suka, orang bujang pun mesti suka punya lah sebabnya cepat dan mudah nak masak dan yang penting rasa pon sedap, iaitu ayam masak ketumbar. Kadang-kadang tu anak nak balik sekolah dan tak tau nak masak apa ha boleh lah cuba resepi ni.
Ayam kita goreng separuh masak kemudian masak dengan bahan-bahan tumis dan cili padi. Selepas tu perasakan dengan rempah biji ketumbar yang disangai, cukup harum baunya tu ditambah pula kuah pekat pedas secukup rasa. Makan dengan nasi panas, dengan kicap, ada sambal belacan dgn ulam ke ha dah cukup dah.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 ekor / 800g potongan ayam
- 1 sk garam
- 1 sk serbuk kunyit
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 sb sos tiram
- 2 sb kicap manis
- 5 tangkai cili padi
- 2 sb ketumbar
- Sedikit air (untuk kuah)
- 3 tangkai cili merah
- 1/2 biji bawang besar
- Daun bawang atau daun ketumbar, hiasan
- 1Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan dan perap ayam dulu.
- 2Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
- 3Potong kasar bawang holland dan cili besar untuk taburan akhir.
- 4Sangai ketumbar sampai naik bau, tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sederhana halus.
- 5Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
- 6Bila ayam dah separuh masak, boleh keluarkan dan ketepikan dulu.
- 7Keluarkan minyak ayam goreng (kalau rasa banyak).
- 8Tumis bawang dan halia tumbuk tadi.
- 9Bila bahan tumis dah garing, masukkan cili padi, sos tiram dan ayam goreng.
- 10Tambah kicap manis, biji ketumbar tumbuk dan air (untuk kuah).
- 11Tutup tudung kuali dan biar ayam masak sebati dengan kuah.
- 12Akhir sekali tabur bawang holland, cili merah dan daun sup untuk hiasan.
- •Jangan goreng ayam penuh kuali nanti ayam lambat masak dan lambat garing, seeloknya split 2 dan masak sikit-sikit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.
Diterbitkan pada 11 September 2023

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Rendang Ayam Cili Api Hijau
Rendang Ayam Cili Api hidangan yang lengkap dengan rasa berempah, berlemak dan pedas dari cili api fresh. Sesuai dimakan bersama lemang atau nasik impit, nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
Diterbitkan pada 27 Jun 2024

Ayam Masak Merah 2.0
Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. T...
Diterbitkan pada 19 September 2022

Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Ayam Cili Padi, Pedas Pembuka Selera
Kali ni Che Nom nak share resepi masakan ayam iaitu Ayam Masak Cili Padi. Lauk ni tak susah nak memasaknya dan mesra dap...
Diterbitkan pada 28 Januari 2023
Resepi Terbaru

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!

Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Resepi Kuih Lopes Buat Berbuka
Kuih Lopes pulut kukus dengan kelapa parut dan sirap gula Melaka, memang ngam untuk berbuka puasa!

Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.