ResepiCheNom
Kuetiau Sup Sambal Kicap

Resepi Kuetiau Sup Sambal Kicap

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jam

Kuetiau sup ayam dengan bebola ikan, lengkap sekali dengan minyak bawang putih wangi dan sambal kicap pedas manis. Sedap makan ramai-ramai, memang puas hati.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kuetiau Sup

  • 3 sb minyak masak3 sb minyak masak
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 3-4 ketul ayam3-4 ketul ayam
  • 2-2.5 liter air2-2.5 liter air
  • Daun supDaun sup
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam
  • GaramGaram
  • 2 sk serbuk lada putih2 sk serbuk lada putih
  • 2 pek bebola2 pek bebola
  • Sayur pak choySayur pak choy
  • Kuih ikanKuih ikan
  • 2 pek kuetiau2 pek kuetiau

Bahan Untuk Minyak Bawang Putih

  • 15 ulas bawang putih15 ulas bawang putih
  • 1-1.5 cwn minyak masak1-1.5 cwn minyak masak

Bahan Untuk Sambal Kicap

  • 1/4 cwn minyak masak1/4 cwn minyak masak
  • 8 biji cili padi8 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah2 tangkai cili merah
  • 1-2 biji bawang merah1-2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • Kicap manisKicap manis

Cara Buat Kuetiau Sup Sambal Kicap

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kuah Sup

  1. 1
    Potong kasar daun dan batang pokok daun sup, asingkan.
  2. 2
    Halia hiris nipis (kalau halia tua biar sekeping-sekeping, kalau halia muda Che Nom suka racik halus).
  3. 3
    Cincang kasar bawang putih, dan hiris nipis fishcake.
  4. 4
    Kuetiau boleh basuh dan toskan.
  5. 5
    Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
  6. 6
    Tumis isi ayam separuh masak. Masukkan air untuk kuah dan batang sup.
  7. 7
    Reneh sup 15-20 minit kemudian tambah kiub ayam, garam dan serbuk lada putih.
  8. 8
    Keluarkan isi ayam dan racik halus, masukkan fishball dalam sup.
  9. 9
    Tutup api dan ketepikan sup dulu.
  10. 10
    Isi ayam Che Nom dah ambik dan carik. Tulang ayam campak masuk balik dalam sup.

Untuk Minyak Bawang Putih

  1. 1
    Bawang putih cincang kasar, kalau malas boleh guna chopper.
  2. 2
    Panaskan minyak, bila minyak dah suam tuang masukkan bawang putih.
  3. 3
    Goreng atas api sederhana dan kerap kacau.
  4. 4
    Bila bawang dah perang, boleh tutup api dan terus kacau anggaran 3-4 minit.
  5. 5
    Kemudian pindah tuang masuk dalam bekas tahan panas.

Untuk Sambal Kicap

  1. 1
    Cili padi buang tangkai.
  2. 2
    Cili merah potong kasar.
  3. 3
    Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
  4. 4
    Panaskan minyak, minyak tak perlu banyak sebab kita nak goreng bagi layu je.
  5. 5
    Goreng semua bawang dan cili sampai layu.
  6. 6
    Bila dah layu boleh angkat dan masukkan dalam blender, masukkan sekali minyak goreng tadi dan kicap manis.
  7. 7
    Kisar halus.

Untuk Hidang

  1. 1
    Celur sayur pak choy dan fishcake sekejap.
  2. 2
    Isi ayam tadi Che Nom dah carik-carik.
  3. 3
    Kuetiau sup dah siap, bolehlah hidang dengan bahan sampingan tadi, ayam, minyak bawang putih, sambal kicap, fishcake dan sayur pak choy.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuah kalau kurang boleh tambah lagi air.
  • Masak goreng bawang putih, tak perlu tunggu panas cukup sekadar suam-suam, kalau panas takut nanti bawang putih cepat hangus.
Video
Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom sediakan Kuetiau sup, siap pakej dengan minyak bawang putih dan sambal kicap, ha, gabungan yang mantap untuk makan satu family, atau makan ramai-ramai geng rumah bujang, memang sesuai sangat.

Mula-mula Che Nom masak sup ayam dengan bebola ikan. Kemudian, sediakan pula minyak bawang putih dan sambal kicap yang sangat penting untuk sedapkan lagi hidangan ni.

Aroma dari minyak bawang putih, dan rasa pedas sambal kicap tu cukup melengkapkan semua rasa dalam satu mangkuk hidangan Kuetiau sup ni.

Diterbitkan pada 3 November 202338.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru