Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Mee dan bihun

Laksa Utara

Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat. Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Juga pastikan kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk …

Bihun Sup Utara

Resepi Bihun Sup Utara, resepi menggunakan rempah sup yang asli dan tulang yang segar. Juadah yang sesuai dihidangkan pada hari raya dan paling terkenal di utara tanahair. Apabila di hidangkan bersama sambal merah pasti menambat selera. Satu lagi keistimewaan bihun sup ini adalah lobak masin yang ditabur di atas bihun …

Mee Rebus Sedap

Resepi Mee Rebus yang pasti sedap, rahsia kepekatan dan kemanisan kuah mee rebus ini terletak pada ubi keledek yang direbus. Anda harus mencuba resepi ini, terbaik jika dihidangkan pada sambutan rumah terbuka.

Mee Bandung Muar

Resepi Mee Bandung Muar, Dihidangkan besama daging dan udang Mee Bandung Muar ini pasti menu lazat dan sedap di hari raya. Cubalah Resepi ini segera

Kuey Teow Goreng

Resepi kuey teow goreng ini adalah kegemaran keluarga. Selalu disediakan untuk hidangan sarapan pagi. Rasa ikan bilis memberi satu kelainan rasa pada masakan ini.

Bihun Goreng

Resipi bihun goreng, makanan yang simple dan sedap, tak memerlukan masa yang lama untuk penyediaan dan memasak. Sedap kalau dimasak untuk sarapan pagi ataupun minum petang.

Mee Goreng

Resipi Mee Goreng basah, dimasak bersama udang dan bahan-bahan lain. Rahsia kepada mee goreng basah yang sedap adalah air rebusan kulit udang kerana menambahkan lagi rasa manis seafood. Juga tomato segar memberikan rasa masam manis yang kepada mee goreng. Resepi yang harus dicuba! :)