Bihun Sup Utara

Resepi Bihun Sup Utara, resepi menggunakan rempah sup yang asli dan tulang yang segar. Juadah yang sesuai dihidangkan pada hari raya dan paling terkenal di utara tanahair. Apabila di hidangkan bersama sambal merah pasti menambat selera. Satu lagi keistimewaan bihun sup ini adalah lobak masin yang ditabur di atas bihun sup melengkapkan keunikan rasa bihun sup utara.

Bahan-bahan:

  • 1 kg. tulang dan daging.
  • 1 bungkus bihun
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 3 biji bunga lawang
    • 3 tangkai cengkih
  • Bahan untuk dikisar:
    • 5 ulas bawang putih
    • 5 ulas bawang merah
    • 3 biji buah keras
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan putih
    • Dipotong dadu besar:
    • 1/2 batang lobak merah
    • 2 biji kentang sederhana besar
    • tomato (potong 4)
  • Bahan untuk sambal cili:
    • 4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
    • 3 ulas bawang putih, dikisar.
    • 3 ulas bawang merah, dikisar.
    • 1/2 biji bawang besar, dikisar.
    • garam dan gula secukup rasa.
  • Bahan untuk hiasan:
    • 200 gram lobak masin dicelur
    • 2 tangkai daun bawang
    • 3 tangkai daun sup
    • bawang goreng

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk sup:
    1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
    2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
    3. Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar
    4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
    5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
    6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
    7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
  2. Cara-cara untuk sambal cili:
    1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
    2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
    3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
  3. Cara-cara bihun sup:
    1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
    2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
    3. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
    4. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!

Tip:

  • Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.