Mee Goreng
Resipi Mee Goreng basah, dimasak bersama udang dan bahan-bahan lain. Rahsia kepada mee goreng basah yang sedap adalah air rebusan kulit udang kerana menambahkan lagi rasa manis seafood. Juga tomato segar memberikan rasa masam manis yang kepada mee goreng. Resepi yang harus dicuba! :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 21 Ogos 201313.3K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 1 bungkus/ 500g mee kuning
- 1 cawan udang saiz sederhana, buang kulit
- 1 cawan air rebusan kulit udang
- 1 biji telur
- 3 batang fish cake, potong kiub
- Taugeh, bersihkan
- Sawi, potong dan asingkan daun dan batang
- 2 biji tomato, potong dadu besar
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- kicap karamel (caramel soy sauce)
- garam dan gula secukup rasa
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
Cara Memasak
- 1Basuh dan celur mee dengan air panas. Jangan terlalu lama kerana mee akan lembik.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan udang, fish cake, batang sawi, kicap manis, sos cili, sos tiram dan separuh air rebusan kulit udang. Kemudian masukkan tomato. Teruskan masak sehingga tomato lembut.
- 4Masukkan mee dan kicap karamel, terus kacau hingga semua bahan masak sebati. Akhir sekali masukkan telur, taugeh dan daun sawi. jika anda suka mee goreng yang basah, masukkan lagi separuh air rebusan kulit udang.
- 5Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 6Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025




