
Laksa Utara
Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat. Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Juga pastikan kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini. Di utara, juadah ini adalah paling popular pada setiap kali rumah terbuka Hari Raya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 bungkus laksa beras
- 1 kg ikan kembung
- 1 sudu besar belacan
- 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
- 1 ikat daun kesum
- 4 keping asam keping
- gula dan garam, secukup rasa
- 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
- 50g ikan bilis, rendam seketika
- 2 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 5 biji telur, direbus
- 2 biji bawang besar, hiris nipis
- 1 batang timun, hiris nipis
- Limau nipis, di potong
- 1 ikat daun selom
- cili padi, hiris nipis
- 1Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
- 2Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
- 3Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
- 4Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.
- •Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...