
Mee Rebus Sedap
Resepi Mee Rebus yang pasti sedap, rahsia kepekatan dan kemanisan kuah mee rebus ini terletak pada ubi keledek yang direbus. Anda harus mencuba resepi ini, terbaik jika dihidangkan pada sambutan rumah terbuka.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 11 Julai 2014126.3K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 1 kg mee kuning, dicelur
- 250g taugeh, buang ekor dan celur
- Limau kasturi
- Bawang goreng
- 3 biji telur, direbus
- 1 tangkai daun sup, hiris halus
- Cili merah, hiris nipis
- Cili hijau, hiris nipis
- 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis
- 1 senduk minyak masak
- 500 g daging, hiris nipis
- 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
- 2 sudu besar taucu
- 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 2 cm halia*
- 1 sudu besar udang kering yang direndam*
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 6 cawan air
- 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
- 2 cm lengkuas, dititik
- 1 biji tomato, dipotong dadu
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
- 1Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
- 2Kisar halus bahan bertanda (*)
- 3Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
- 4Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
- 5Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- 1Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





