Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

  • 7-8 ekor sotong (dipotong)
  • lada benggala - dipotong memanjang
  • 1 biji bawang besar dipotong gelang/ikut suka
  • 1 biji tomato
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • minyak masak untuk menggoreng/menumis

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan sotong bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sebentar.
  2. Tumis bawang besar menggunakan 2-3 sudu besar minyak goreng sotong tadi.
  3. Masukkan lada benggala dan bawang besar. Gaul seketika.
  4. Kemudian masukkan sotong.
  5. Perasakan dengan garam dan lada sulah dan letak buah tomato.
  6. Gaulkan hingga rata dan siap

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.