Sardin Gulung

Resepi sardin gulung atau roll yang mudah dan sedap untuk sarapan dan makna petang

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti gardenia.
  • 1 tin sardin
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit just asam jawa
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Untuk Inti:
  2. Hiris halus bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris halus sehingga naik bau. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan jus asam jawa, dan bawang besar yg dihiris halus. Masak hingga kuah pekat dan sedikit kering.
  4. Sejukkan di dalam mangkuk, hancurkan kasar-kasar isi sardin menggunakan garfu.
  5. Cara-cara:
    1. Menggunakan roller, roll semua kepingan roti hingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin di tengah (secara memanjang) dan gulung secara kemas.Gam kan hujung roti dengan telur yg telah dipukul sebati.
    2. Celup gulungan roti dalam telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
    3. Apabila kekuningan, angkat dan toskan.Sedia untuk dihidang.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.