Kuih Lopes

Resepi Kuih Lopes sedap dan mudah. Kuih Lopes adalah makan tradisi melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang
  • Bahan untuk Air gula:
    • Daun Pandan
    • Gula melaka
    • Air

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.
  5. Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. Selamat mencuba!

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.