Double Chocolate Chips Muffin

Double chocolate chip muffin yang penuh dengan rasa coklat. Kenapa dipanggil double chocolate, sebab kita letak 2 bahan coklat iaitu serbuk koko dan chocolate chips. Muffin ni moist, dan bila kita koyakkan masa panas tu, boleh nampk cairan coklat di dalamnya. Dalam resepi ni Che Nom hasilkan saiz besar, boleh tukar untuk hasilkan saiz lebih kecil, dan akan dapat lebih banyak kuantiti.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan muffin:
    • 1 cawan /250ml susu segar atau full cream
    • 2 sudu besar jus lemon/cuka
    • 3/4 cawan / 170g gula kastor (**tambah lagi ¼ cawan gula kastor atau 55g untuk yang suka manis)
    • 1/2 cawan /120g minyak jagung
    • 2 biji telur (saiz A atau B)
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 2 cawan / 250g tepung gandum
    • 1/2 cawan / 50g serbuk koko
    • 1 1/2 sudu kecil baking soda
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1 cawan /170g coklat cip (untuk adunan)
    • 1 cawan /170g coklat cip (untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk bahan basah:
    1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus.
    2. Masukkan adunan basah dalam adunan kering dan kacau sebati (jangan terlebih kacau takut muffin keras).
    3. Masukkan cip coklat dan kacau sekata.
    4. Susun cawan kertas dalam acuan / loyang.
    5. Sudu masuk adunan kedalam cawan kertas. Masukkan anggaran ¾ penuh cawan kertas.
    6. Tabur coklat cip atas muffin.
    7. Bakar pada 170⁰C, masa anggaran 15-20 minit (bergantung pada oven masing-masing).
    8. Bila muffin dah nampak agak masak dan naik kembang boleh keluarkan muffin.
    9. Cucuk muffin dengan lidi, kalau lidi keluar kering dan basah sikit dekat hujung kira dah masak. Jangan terlebih bakar takut muffin kering dan tak sedap.

Tip:

  • Jangan terlebih kacau adunan takut muffin keras. Protein dalam tepung akan menghasilkan gluten punca adunan kental dan keras. Air pocket pon akan jadi lebih besar.
  • Boleh scoop masuk adunan kedalam cawan kertas guna ice cream scoop untuk lebih senang.
  • Boleh isi adunan sampai hampir penuh, jadi bila masak nanti muffin akan kembang naik atas.
  • Kalau oven kecil boleh kurangkan suhu, kalau oven boleh boleh naikkan sikit suhu.
  • Cucuk muffin dengan lidi, kalau lidi keluar kering dan basah sikit dekat hujung kira dah masak. Jangan terlebih bakar takut muffin kering dan tak sedap.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.