Ayam Masak Butter

Selamat berpuasa semua, kali ni Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat dimasak untuk berbuka puasa sebab rasanya pedas, berlemak dan sedikit rasa berempah iaitu Ayam Masak butter.

Ayam goreng pun special cara ayam goreng popcorn. Digaul pulak dengan kuah yang berlemak memang terbaik sangat kalau kita guna pure butter dari Anchor. Jadi premium terus rasanya.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kuah butter:
    • 1/4 cawan mentega
    • 1/2 biji bawang holland
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 ulas bawang putih
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 1 cwn susu cair
    • 2 keping keju cheddar
    • 2/3 cwn tepung gandum
    • 2/3 cwn tepung jagung
    • 1 sk serbuk lada hitam
    • 1/2 sk serbuk lada putih
    • 1 sk garam
    • 1 sk serbuk seasoning
  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 2 ketul besar dada ayam
    • 1 sb serbuk kari daging
    • 1/2 sk garam
    • 1/2 sk serbuk lada putih
    • 1 sk serbuk lada hitam
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 sb tepung salutan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Potong dadu kecil bawang holland.
    2. Cincang halus bawang putih.
    3. Hiris nipis cili padi.
  2. Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Kacau biar bergaul sekata dan ketepikan.
    2. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan telur. Kacau sebati kesemua bahan.
    3. Tambah tepung salutan dan sambung gaul sekejap. Boleh tambah air sikit kalau terlalu pekat.
    4. Kemudian perap ayam anggaran 1/2 jam.
    5. Selepas perap, salut ayam perap dengan tepung salutan tadi.
    6. Panaskan kuali kemudian goreng ayam sampai kuning keperangan dan rangup.
    7. Angkat ayam dan ketepikan.
  3. Cara-cara untuk kuah:
    1. Cairkan mentega dan tumis bawang holland,
    2. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi.
    3. Tuang masuk susu cair (kalau nak ganti susu full cream pon boleh).
    4. Masukkan keju cheddar.
    5. Masak sampai kuah mendidih. Garam boleh adjust kalau nak lebih masin.
    6. Tuang masuk ayam goreng dan kacau sebati.
    7. Ayam masak butter sedia untuk dihidang.

Tip:

  • Masak salut ayam, kena gaul lama sikit ayam dengan tepung salutan untuk dapat kedutan yang cantik.
  • Masa goren ayam jangan goreng banyak-banyak sangat, biar ada ruang sikit.
  • Kalau guna mentega bergaram, garam kena jaga-jaga, jangan letak banyak sangat.
  • Jangan lama simpan sebab kuah ni cepat jadi pekat dan menyerap.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.