
Sambal Tumis Sotong dan Petai
Sambal Tumis Sotong Petai yang kaedah ialah dengan masak sotong tanpa minyak dahulu sehingga keluar airnya supaya sambal menjadi pekat, sotong tidak menjadi kecut dan lembut. Air yang keluar semasa proses memasak sotong tanpa minyak boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah sambal, tapi jika anda tidak suka kan air sotong tersebut boleh dibuang sahaja kerana bagi sesetengah orang rasanya agak kuat.
Sila rujuk video di youtube Che Nom pada link di bawah untuk rujukan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5 ekor sotong
- 1 biji hirisan bawang besar
- 1 mangkuk cili kisar
- sedikit air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit gula melaka
- 1 mangkuk isi petai
- garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
- 2Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
- 3Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- 4Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- 5Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
- 6Masukkan pula sotong dan petai.
- 7Macau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
- 8Perasakan dengan garam secukupnya.
- •Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.
- •Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, buat penggemar petai hidangan ini sememangnya membuka selera. Sila rujuk bahagian ...
Diterbitkan pada 2 Mac 2018

Sambal Hijau Bilis Petai
Resepi kali ni, khas untuk peminat petai. Jom kita masak Sambal Hijau Bilis Petai. Che Nom dan suami memang suka sangat ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Sambal Ikan Bilis Petai
Resepi Sambal Ikan Bilis Petai, resepi yang tak asing lagi di kalangan masyarakat melayu, ikan bilis untuk sambal petai ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Sambal Tumis Udang Petai
Resepi Sambal Tumis Udang dan Petai, hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai. Walaupun ...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.