Resepi Sambal Tumis Udang
Kali ni Che Nom masak sambal tumis udang pekat bersalut, udang goreng separuh masak dulu lepas tu tumis sambal guna minyak udang. Memang naik rasa, cuba ya.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- Sedikit garam
- 1/2 kilo udang
- 1/2 cwn minyak masak
- 3 biji bawang merah besar
- 5 ulas bawang putih
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 1/2 inci halia
- 10-15 tangkai cili kering
- Sedikit air
- 2 sb sos tiram
- 3 sb sos cili
- Sedikit air asam jawa
- 1 sb gula merah @ gula perang
- Garam secukup rasa
Cara Buat Sambal Tumis Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 330 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 13.5 g
- Lemak
- 22.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 8 g
- Natrium:
- 1000 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 1/2 kg udang dianggarkan 5 hidangan.
- Udang 500 g dikira 70% isi selepas dibuang kulit.
- 1/2 cawan minyak dikira kekal sepenuhnya dalam sambal tumis.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau buat sambal tumis, Che Nom belajar kena tumis dgn bawang besar baru sedap.
- Sebelum masak cili kering, kita kena tahu tahap kepedasan cili kering yang digunakan, ada yang jenis pedas tak boleh bawak bincang, hati-hati!
- Kalau nak ada kulit, biar je kulit masa belah. Sbb ada org x suka kulit udiang masa masak kan, susah nk makan kataya.
- Minyak kena lebih sebab kita nak tumis sambal. Kalau sikit nanti kurang cantik kejadiannya.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak sambal tumis udang sebab masa pergi pasar, udang besar-besar fresh pulak tu. Terus teringin nak makan sambal tumis. Kepada sesiapa yang baru nak belajar masak sambal tumis udang kegemaran Che Nom, boleh ikut cara ni.
Udang kita goreng dulu separuh masak, dan kemudian kita tumis sambal guna minyak gorengan udang. Memang terangkat rasa sambal tumis udang bila dimasak macam ni. Che Nom masak kuah jenis yang pekat bersalut kali ni. Boleh lah cuba ye.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









