
Kari Sotong Sedap
Resepi Kari Sotong yang selalu disediakan oleh bonda Che Nom masa dulu-dulu, sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih sahaja tanpa lauk lain. Dalam resepi ni, Che Nom tambah serbuk cili supaya kuah kari tidak terasa muak, sebab memang kari sotong sangat sedap jika kuahnya pedas. Sangat penting dalam masakan kari cara melayu ialah bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Tapi jangan sampai hangus pula sebab nanti kari akan terasa pahit. Untuk bahan tumbuk pula, jika tak ada lesung batu boleh aja dihiris nipis bahan-bahan tersebut. Jika perlu bantuan anda boleh ajuka soalan di ruangan komen,
Che Nom akan cuba jawab ye.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 8-10 ekor sotong, anggaran
- 1 senduk minyak masak
- 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 6 batang sayur bendi
- 1 biji tomato, belah 4
- 3 sudu besar pati asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Bahan untuk rempah tumis
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 tangkai daun kari
- 1Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
- 2Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
- 3Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
- 4Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Tumis Ikan Cencaru
Sambal Tumis Ikan Cencaru, menu yang mudah disediakan dan sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih.Kita belah belaka...
Diterbitkan pada 18 September 2019

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka.
Diterbitkan pada 1 Ogos 2024

Fish Head Curry
Fish Head Curry recipe delicious, red fish can also be replace with sea bass, the tomato tamarind serve together. Delici...
Diterbitkan pada 29 September 2013

Kari Pekat Ikan Merah
Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang. Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yan...
Diterbitkan pada 14 April 2020

Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza denga...
Diterbitkan pada 23 Disember 2016

Kari Kambing Sedap
Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. S...
Diterbitkan pada 22 November 2014
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!