ResepiCheNom
Sambal Hijau Bilis Petai

Resepi Sambal Hijau Bilis Petai

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 6 gelas

Sambal Hijau Bilis Petai ni memang padu, pedas wangi dan cukup menyelerakan bila makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 cwn minyak masak1 cwn minyak masak
  • 1-2 biji bawang holland1-2 biji bawang holland
  • 10 ulas bawang putih10 ulas bawang putih
  • 3 biji tomato hijau3 biji tomato hijau
  • 450g cili padi hijau450g cili padi hijau
  • 150g cili besar hijau150g cili besar hijau
  • 100g ikan bilis100g ikan bilis
  • 3-4 sk serbuk perasa3-4 sk serbuk perasa
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 4 helai daun limau purut4 helai daun limau purut
  • 10-12 papan petai10-12 papan petai

Cara Buat Sambal Hijau Bilis Petai

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

  1. 1
    Potong kasar bawang holland, bawang putih, cili hijau dan cili padi hijau.
  2. 2
    Belah tomato 2- 4 bahagian.
  3. 3
    Ikan bilis basuh dan toskan.
  4. 4
    Petai belah 2 dan kupas kulit. Bilas dengan air dan tos kering.
  5. 5
    Panaskan minyak masak. Goreng bawang holland, bawang putih dan tomato sampai layu. Angkat dan tos minyak
  6. 6
    Goreng cili padi dan cili hijau anggaran 3-4 minit. Angkat dan toskan minyak.
  7. 7
    Akhir sekali goreng ikan bilis sampai garing, kemudian angkat dan toskan minyak.
  8. 8
    Kisar kasar cili padi, cili hijau, tomato, bawang holand dan bawang putih.
  9. 9
    Panaskan balik minyak goreng tadi dan tumis semua bahan kisar dengan api perlahan.
  10. 10
    Masukkan serbuk seasoning dan garam.
  11. 11
    Bila sambal dah pecah minyak, masukkan daun limau purut dan petai. Masak sampai petai layu.
  12. 12
    Tuang masuk ikan bilis goreng. Kacau sebati kemudian boleh tutup api.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Petai kalau ulas besar-besar kena tengok lebih sikit takut ada ulat.
  • Masa angkat cili, pastikan cili hijau lagi. Kita nak maintain warna hijau dalam sambal.
  • Masa tumis sambal, boleh tambah minyak kalau kurang.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Masuk sambal dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Video
Pengenalan

Resepi kali ni, khas untuk peminat petai. Jom kita masak Sambal Hijau Bilis Petai. Che Nom dan suami memang suka sangat makan sambal hijau. Bila tambah dengan petai memang bertambah-tambah sedap jadinya. Untuk resepi yang sebelum ni cili hijau tu direbus, tapi kali ni Che Nom guna cara goreng 2 kali.

Kena tengok video untuk tips macam mana nak kekalkan warna hijau sambal tu sepanjang proses memasak. Kalau sekali buat banyak-banyak dan simpan dalam botol memang memudahkan kerja mak-mak di dapur. Makan dengan telur mata, nasi panas dan kicap je dah cukup terangkat.

Diterbitkan pada 1 Januari 202413.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru