
Resepi Sambal Sotong Kembang Berkacang
Sambal sotong kembang berkacang ni memang ngam dimakan dengan lontong kuah lodeh atau nasi lemak. Sotong rebus sekejap, lepas tu tumis sambal kisar all in one sampai pecah minyak.
Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Sotong Kembang Berkacang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Goreng kacang tanpa minyak (sangai) dan buang kulitnya. Kemudian kisar kasar dan ketepikan.
- 2Bersihkan sotong kembang dan bilas sedikit bersama limau nipis atau air asam jawa untuk mengelak dari rasa hanyir. Kemudian hiris sotong kembang mengikut kesukaan masing-masing.
- 3Panaskan air sehingga mendidih dan rebus sotong kembang selama lebih kurang seminit. Kemudian toskan airnya.
- 4Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
- 5Masukkan pula bahan kisar halus dan masak di atas api perlahan sehingga pecah minyak.
- 6Masukkan sotong kembang, kacang kisar dan sos tiram. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Sambal Sotong Kembang Berkacang, Che Nom memang selalu masak sambal ni untuk dipadankan bersama kuah lodeh kerana rasa lemak dari kacang tu menambah lagi kesedapan hidangan Lontong.
Sotong kembang selalunya ada dijual di pasar basah atau supermarket. Sotong ni berwarna coklat pudar dan tak perlu direndam lagi, cuma perlu direbus seketika sebelum dimasak sambal. Sambal ni sesuai juga dimakan bersama nasi lemak dan rasanya memang sangat sedap.
Cara memasak sambal pula lebih kurang macam “all in one method” kerana cili dikisar bersama bawang dan kemudian ditumis di dalam minyak yang secukupnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









