Koleksi Resepi Sambal Padu: Pedas, Wangi & Buat Selera Naik
Lihat 29 resepi sambal yang pelbagai, dari sambal tumis hingga sambal belacan dan sambal hijau. Sesuai untuk lauk, nasi lemak dan pencicah.

Resepi Sambal Belacan Simple Tapi Sedap
Sambal belacan pedas segar, wangi belacan bakar dan rasa limau kasturi yang seimbang masam-masin-manis.

Resepi Cucur Bom Manis Gebu Berongga + Sambal Ikan Bilis
Cucur manis yang rangup dan gebu berongga, dimakan bersama sambal ikan bilis pedas manis.

Resepi Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Resepi Sambal Ikan Bilis Sira Garing
Resipi sambal ikan bilis garing yang rangup dan tahan lama, sesuai dimakan dengan nasi panas atau bubur.

Resepi Sambal ketuk
Sambal yang simple tapi menambah-nambah. Bahan utama ikan bilis, cili padi dan bawang putih yang digoreng dan kemudian diketuk kasar. Sapa yang belum cuba jomlah try buat.

Resepi Sambal Sardin
Sambal Sardin kuah sambal yang mudah dan ringkas, sesuai untuk orang bujang. Ikan sardin digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan bahan tumis untuk rasa yang lebih sedap.

Resepi Nasi Lemak Bunga Telang
Nasi lemak bunga telang berwarna biru yang cantik, dihidang dengan sambal udang padu dan telur dadar ringkas. Sesuai untuk menu istimewa yang nampak unik tapi senang dibuat.

Resepi Sambal Hijau Bilis Petai
Sambal Hijau Bilis Petai ni memang padu, pedas wangi dan cukup menyelerakan bila makan dengan nasi panas.

Resepi Sambal Terung Balado
Sambal Terung Balado ni menu simple mesra bujang, pedas padu sampai buat tambah nasi. Che Nom tunjuk cara masak yang tahan lama, terung tak berminyak dan tak lembik.

Resepi Siakap Bakar Bersambal
Ikan siakap dibelah belakang, disapu pes sambal padu lepas tu bakar atas kuali je-mudah dan praktikal. Hasilnya moist, cukup rasa, sedap makan dengan nasi panas dan ulam.

Resepi Sambal Ijo
Sambal ijo ala rumah Padang ni pekat, pedas dan padu, warna hijau pun kekal cantik. Che Nom masak banyak-banyak siap boleh botolkan, sedap makan dengan nasi panas atau ayam goreng.

Resepi Sambal Penyet Berapi
Sambal Penyet Berapi ni senang je, goreng bagi layu, kisar dan tumis sampai pekat pecah minyak. Buat stok botolkan atau pek freezer, bila-bila nak makan memang padu pedasnya.