Resepi Sotong Masak Kicap Berempah
Sotong Masak Kicap Berempah ni lain sikit dari masak kicap biasa, kuah pekat berempah ala daging hitam memang padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Sotong Masak Kicap Berempah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Angkat dan hidangkan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
- 4Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 325 kcal
- Protein
- 24 g
- Karbohidrat
- 23 g
- Lemak
- 13.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 10 g
- Natrium:
- 650 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 9 ekor sotong dikira cukup untuk 5 orang.
- Sotong dianggar 120 g seekor, 70% isi selepas dibersihkan.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; 4 sudu besar diandaikan.
- Kicap manis 'secukupnya' dianggar 4 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ni agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong bolehlah mencuba.
Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ni ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan.
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi tomato, nasi kunyit atau yang serupa dengannya :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









