ResepiCheNom
Ayam

Resepi Roti Jala Kari Ayam Maggi

Prep 45 minMasak 50 minJumlah 1 jam 35 minHidangan orang

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kari Ayam

  • 3-4 sb minyak masak3-4 sb minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1/4 cwn air1/4 cwn air
  • 2 kiub Kari Maggi2 kiub Kari Maggi
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1 biji kentang1 biji kentang
  • 2 cwn air2 cwn air
  • 3-4 sb pati santan3-4 sb pati santan

Bahan Untuk Roti Jala

  • 3 1/2 cwn campuran santan & air3 1/2 cwn campuran santan & air
  • 3 cwn tepung gandum3 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • ATAU pewarna kuningATAU pewarna kuning
  • 3 sb minyak masak3 sb minyak masak

Cara Buat Roti Jala Kari Ayam Maggi

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kari Ayam Maggi

  1. 1
    Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Masuk bahan potong kasar dan air sikit dalam blender. Kemudian kisar halus.
  3. 3
    Kentang kupas kulit dan potong dadu besar. Rendam dalam air dan ketepikan.
  4. 4
    Ayam basuh bersih dan potong kecil.
  5. 5
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus. Tumis sampai kering air bawang dan naik bau.
  6. 6
    Masukkan kiub kari maggi dan kacau sebati.
  7. 7
    Masukkan daun kari dan sambung tumis.
  8. 8
    Bila dah naik bau, boleh masukkan ayam dan kentang. Gaul sebati.
  9. 9
    Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan keluar air.
  10. 10
    Masukkan air untuk kuah dan terus reneh sampai ayam masak sepenuhnya dan kentang empuk.
  11. 11
    Tuang masuk pati santan segera kemudian sambung masak 5 minit.
  12. 12
    Bila minyak dan timbul boleh tutup api dan biar kari rehat dulu.

Untuk Roti Jala

  1. 1
    Masukkan campuran santan dan air (1 cwn santan + 2 ½ cwn air), tepung gandum, telur, garam, serbuk kunyit dan minyak masak kedalam blender. Kisar halus.
  2. 2
    Tapis aduan untuk elak acuan tersumpat masa menjala.
  3. 3
    Masukkan adunan dalam acuan (Che Nom lebih suka guna acuan botol Roti jala, kalau yang ceduk tu tak berapa pandai nak guna).
  4. 4
    Panaskan kuali dan gris sikit dengan minyak.
  5. 5
    Boleh mula menjala.
  6. 6
    Bila bahagian tepi-tepi dah terangkat sikit maknanya dah masak.
  7. 7
    Boleh angkat dan mula mengulung.
  8. 8
    Boleh hidang roti jala bersama Kari Ayam Maggi.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk 1/2 ekor ayam kita hanya perlu guna 2 kiub Kari Maggi. Rempah 4 sekawan dah tak perlu, kiub Kari Maggi saja dah cukup rempahnya.
  • Selepas masukkan air kuah kari akan nampak cair tapi jangan panik, teruskan reneh.
  • Tips nak elak tepung mendap dalam blender, pastikan masuk air dulu baru tepung.
Tunjuk semua petua (6)
Petua & Panduan
  • Tujuang masukkan minyak dalam adunan roti jala adalah untuk bagi roti jala lembut dan tahan lama lembutnya tu.
  • Kalau tak nak letak serbuk kunyit boleh ganti dengan pewarna kuning.
  • Kalau adunan roti jala masih cair, boleh tambah tepung gandum sikit-sikit. Tapi pastikan adunan tak berketul.
Pengenalan

Kali ni lain sikit sebab Che Nom nak tunjuk satu produk baru daripada Maggi sesuai sangat untuk sesiapa yang baru nak belajar masak ataupun yang mencari cara mudah dan jimat masa, inilah dia Kiub Kari Ayam Maggi. Mula-mula rasa macam boleh ke buat kari dengan kiub je kan, Che Nom pon terus cuba.

Kari ayam ni Che Nom akan makan dengan roti jala yang sedap dan lembut. Ada resepi jugak nak buatnya ni.

1.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru