
Laksa Johor Dan Sambal Belacan
Che Nom nak share cara masak laksa Johor kali ni. Ramai juga yang minta sebenarnya. Che Nom cuba sedaya upaya untuk share resepinya dan harap bermanfaat untuk sesiapa yang baru nak belajar. Kuah laksa Che Nom guna ikan parang & tambah sikit ikan Selayang. Ada bahan-bahan lain untuk tambah sedap macam udang, ikan kurau masin dan juga kerisik.
Resepi mana yang authentic, agak susah nak pilih satu sebab ada sedikit berbezaan. Mungkin ikut resepi turun temurun masing-masing lah kan? Contoh, ada yang letak udang, ada yang tidak, ada yang tak letak kantan tapi ada yang letak. Jadi sesiapa yang nak share cara keluarga di sini, dipersilakan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5kg ikan parang
- 500g ikan selayang
- 2-3 liter air
- 2 cawan minyak masak
- 6 sb serbuk kari
- 500ml air rebusan kulit udang
- 3-4 keping asam gelugor
- 2-3 sb kerisik
- 500ml santan kotak
- 1 kuntum kantan
- 1 ikat daun kesum
- Garam secukup rasa
- Perasa/MSG, jika suka
- 1 bunga kantan/Kesum/Daun selasih
- 6-7 biji bawang merah kecil
- 8 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 3 sb udang kering
- 30g ikan masin kurau
- 2 batang serai
- 25 biji cili kering
- 10-12 isi udang segar (saiz S)
- 4-5 biji cili merah besar
- 6-8 tangkai cili padi merah
- 2 inci belacan bakar
- 3 sb jus limau kasturi
- Garam secukup rasa
- Gula, jika suka
- Bawang merah besar
- Kacang panjang
- Timun
- Daun kesum
- Daun selasih
- Bunga kantan
- Taugeh
- Limau kasturi
- Lobak masin
- 1Sediakan bahan-bahan kisar halus.
- 2Rendam ikan manis kurau dan udang kering dalam air panas sehingga agak lembut. Rendam berasingan.
- 3Kisar halus semua bahan kecuali cili kering dan isi udang segar,
- 4Kisar halus cili kering berasingan.
- 5Rebus kulit udang dengan air selama 5 minit, lalu kisar dan tapis air rebusan kult udang.
- 6Rebus ikan parang dan ikan Selayang dengan air dan asam gelugor sehingga ikan masak lembut.
- 7Buang tulang ikan dan asingkan isi ikan.
- 8Kisar halus isi ikan Selayang dengan air rebusan ikan dan diikuti dengan isi ikan parang.
- 9Kisar halus tulang ikan dengan air, lalu tapis air kisar tulang ikan.
- 10Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan serbuk kari, cili kisar, isi ikan Selayang, isi udang, isi ikan parang, air rebusan kulit udang dan air tulang ikan.
- 11Sesudah mendidih, masukkan asam gelugor, kerisik, garam secukup rasa.
- 12Rebus kuah selama 30 minit.
- 13Tambah santan kotak dan sambung reneh kuah dengan api yang perlahan dalam anggaran 30 minit atau sejam lagi.
- 14Tambah daun kesum, bunga kantan dan daun selesih.
- 1Sediakan ulam-ulaman iaitu bahan-bahan hiasan atau sampingan seperti bawang merah besar, kacang panjang, timun dan sebagainya.
- 2Rebus spaghetti.
- 3Kemudian, hidangkan kuah laksa dengan spaghetti bersama ulam-ulaman, lobak masin dan sambal belacan.
- 1Kisar kasar cili merah merah, cili padi merah, belacan bakar dan sedikit air panas.
- 2Tambah garam dan gula secukup rasa.
- •Cara potong timun adalah buang kulit timun, potong lebih kurang 2 inci dan potong nipis membulat sehingga ke biji timun seperti potongan membuang kulit. Gulung timun dan potong hiris membulat.
- •Selepas toskan air spaghetti, gaul spaghetti dengan sedikit minyak bagi mengelakkan melekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Goreng Legend
Che Nom kongsikan resepi mudah bihun goreng ala nenek yang ringkas tapi sedap, sesuai dinikmati selepas musim perayaan. Dengan teknik menggoreng mudah dan cepat, bihun yang dihasilkan lembut, pedas dan cukup rasa.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Kuetiau Kantonis
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Mi Kari Ayam
undefined...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Mi rebus Cucur Udang
undefined...
Diterbitkan pada 24 Jun 2023

Mee Sup super sedap dan mudah, gerenti licin hirup kuah.
undefined...
Diterbitkan pada 19 Januari 2023
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...