Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Nasi Minyak Kenduri Dan Jelatah: Resepi Tradisional Beraroma

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 8 orang

Nasi minyak beraroma, dihidang bersama jelatah segar—sesuai dimakan dengan apa sahaja lauk kegemaran.

Resepi Nasi Minyak Kenduri dan Jelatah: Resepi Tradisional Beraroma

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Nasi Minyak

  • 4 cawan beras basmathi (direndam 15-30 minit)4 cawan beras basmathi (direndam 15-30 minit)
  • 4 1/2 cawan air4 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan krimer sejat1 1/2 cawan krimer sejat
  • 4 sudu besar minyak sapi4 sudu besar minyak sapi
  • 1/4 cawan minyak masak1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 sudu kecil pes bawang putih2 sudu kecil pes bawang putih
  • 2 sudu kecil pes halia2 sudu kecil pes halia
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan (1 set)Rempah 4 sekawan (1 set)
  • 1/2 cawan kismis1/2 cawan kismis
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning1/2 sudu kecil pewarna kuning
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula (pilihan)1/2 sudu besar gula (pilihan)

Bahan Jelatah

  • Sedikit nenas (dipotong kecil)Sedikit nenas (dipotong kecil)
  • 1 biji timun (dibuang empulur, dihiris nipis)1 biji timun (dibuang empulur, dihiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)1 biji cili merah (dihiris)
  • 2-3 sudu besar gula2-3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam2 sudu besar garam
  • 2-3 sudu besar cuka makan2-3 sudu besar cuka makan

Cara Buat Nasi Minyak Kenduri Dan Jelatah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Cara Nasi Minyak

  1. 1
    Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk atau kuali dengan api sederhana.
  2. 2
    Masukkan bawang besar, daun pandan, dan rempah 4 sekawan, kemudian tumis hingga bawang layu dan naik bau.
  3. 3
    Tambah pes bawang putih serta pes halia, kacau rata sehingga bawang bertukar sedikit keperangan dan bau harum terbit.
  4. 4
    Masukkan kismis, diikuti beras basmathi yang telah ditoskan. Goreng perlahan-lahan sekitar 3–4 minit supaya beras menyerap semua aroma tumisan.
  5. 5
    Tuang air dan krimer sejat, kemudian perasakan dengan garam, gula jika suka, serta pewarna kuning. Kacau rata untuk memastikan semuanya sebati.
  6. 6
    Pindahkan ke dalam periuk nasi dan biarkan ia masak seperti biasa. Sebaik sahaja nasi tanak, gentel-gentelkan dengan garpu untuk mengelakkan gumpalan.

Cara Jelatah

  1. 1
    Satukan nenas, timun, bawang besar dan cili merah dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  2. 2
    Taburkan gula, garam, dan cuka makan. Gaul perlahan supaya semua bahan sebati tanpa menghancurkan timun dan nenas.
  3. 3
    Periksa rasa. Jika mahu lebih manis, tambah gula, atau jika inginkan rasa lebih masam, lebihkan sedikit cuka atau perahan limau.
  4. 4
    Simpan jelatah dalam peti sejuk selama beberapa minit untuk mengekalkan kesegaran sebelum dihidangkan bersama nasi minyak.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 8 orang

Kalori
610 kcal
Protein
10 g
Karbohidrat
101 g
Lemak
18 g
Serat:
2.5 g
Gula:
17 g
Natrium:
1450 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Beras basmathi 4 cawan dikira 800 g (~75% kalori dari nasi).
  • Minyak sapi 4 sudu besar + minyak masak 1/4 cawan dikira penuh.
  • Jelatah: 2 sudu besar garam dikira separuh sahaja dimakan (air jeruk tidak dihabiskan); nenas 'sedikit' ~100 g.
  • Garam secukup rasa nasi dianggar 2 sudu kecil.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan nasi lebih lembut dan cantik berderai.
  2. Elakkan menambah air dalam jelatah supaya timun dan nenas kekal rangup.
  3. Semasa menumis bawang, pastikan bawang betul-betul layu dan sedikit keperangan untuk menaikkan aroma nasi minyak.
  4. Gunakan api sederhana ketika menumis supaya rempah dan bawang tidak hangus tetapi sempat mengeluarkan bau wangi.
  5. Perasakan jelatah mengikut cita rasa anda; boleh tambah sedikit perahan limau jika mahu rasa masam yang lebih segar.
Video
Pengenalan

Hai semua! Hari ini Che Nom nak kongsikan satu resepi istimewa: nasi minyak yang lembut, berderai dan cukup beraroma, dipadankan dengan jelatah segar yang rangup. Resepi ni bukan sahaja sedap, tapi juga sesuai untuk majlis atau kenduri kecil-kecilan.

Rahsia keharumannya terletak pada tumisan bawang serta tambahan krimer sejat yang memberikan tekstur nasi lebih lemak dan berkrim. Apabila siap dimasak, baunya seolah-olah ada kenduri di rumah, pasti membangkitkan selera sesiapa saja. Untuk melengkapkan hidangan, jelatah memberi rasa masam-manis yang menyegarkan, menjadikan setiap suapan betul-betul mengasyikkan!.

Sesuai dihidangkan bersama Daging Masak Hitam

Diterbitkan pada 15 Februari 202522.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru