Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam Johor

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 10 orang

Asam Pedas Ayam versi Johor ni memang lain macam! Kuah pekat, ayam lembut, rempah ratus yang pelbagaii, confirm jadi dan sangat sedap!

Asam Pedas Ayam Johor

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 1-2 ketul kunyit1-2 ketul kunyit
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 1/2- 1 kuntum bunga kantan1/2- 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 5 batang bendi5 batang bendi
  • 1 ikat daun Kesum1 ikat daun Kesum
  • 15-20 biji cili kering15-20 biji cili kering
  • Air pati asam jawaAir pati asam jawa
  • 1/2 - 1 ekor ayam1/2 - 1 ekor ayam
  • 1.5 cwn minyak masak1.5 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 sk serbuk perasa1 sk serbuk perasa
  • Air, untuk kuahAir, untuk kuah

Cara Buat Asam Pedas Ayam Johor

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Serai potong 2 dan ketuk.
  2. 2
    Hiris nipis lengkuas, halia, kunyit, bawang merah kecil dan bawang putih.
  3. 3
    Belah 2 bunga kantan dan tomato.
  4. 4
    Gunting cili kering dan rebus 5-8 minit.
  5. 5
    Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
  6. 6
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili kering dan air.
  7. 7
    Panaskan minyak dan tumis serai
  8. 8
    Masuk bahan kisar halus dan air.
  9. 9
    Masak sampai pecah minyak. Ulang 3 kali tambah air dan masak sampai kering.
  10. 10
    Masukkan ayam dan sambung masak sampai ayam kecut.
  11. 11
    Masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, garam, serbuk seasoning dan air untuk lebih berkuah.
  12. 12
    Reneh sampai ayam masak dan kuah pekat.
  13. 13
    Masuk tomato dan bendi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang

Kalori
370 kcal
Protein
12.5 g
Karbohidrat
6 g
Lemak
32 g
Serat:
1.5 g
Gula:
1 g
Natrium:
520 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • '½-1 ekor ayam' dianggar 0.75 ekor (1.05 kg bertulang), 65% isi boleh dimakan.
  • 1½ cawan minyak menghasilkan lapisan minyak tebal; dikira 65% sahaja dimakan.
  • Garam secukup rasa dianggar 2 sudu kecil untuk periuk 10 orang.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Lengkuas kalau keras sangat, hiris nipis-nipis biar senang hancur.
  2. Bahagian batang bunga kantan kalau nak masuk jugak pon boleh, wangii.
  3. Kalau nak lebih berkuah dan cair boleh tambah air.
Video
Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom masak masakan yang sangat terkenal di negeri Johor iaitu Asam Pedas Ayam. Biasanya kita makan asam pedas ikan kan ha, buat sesiapa yang belum pernah masak dengan ayam atau tak pernah makan asam pedas ayam, anda wajib cuba. Memang tak sangka sedap rupanya lauk ni. Dari segi bahan, versi Johor tak ada diletakkan halba atau rempah.

Nak dapatkan kuah asam pedas yang sedap, bahan-bahan kisar mestilah ditumis lama sampai pecah minyak, dan sampai masak eloklah orang kata. Barulah betul-betul menjadi dan sedap macam masakan nenek-nenek kita dulu.

Diterbitkan pada 11 Januari 2024161.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru