
Kari Sotong Nasi Kandar Penang
Buat peminat kari style restoran nasi kandar, anda boleh cuba masak kari sotong yang Che Nom nak tunjuk kali ni. Ada beberapa bahan dan cara masakan yang penting untuk dapatkan rasa kari sotong yang sedap.
Bermula dari cara bancuhan rempah, kemudian kepada cara penyediaan rempah sangai pula untuk naikkan lebih rasa dan aroma. Ada juga satu bahan penting untuk tambah harum dan rasa yang sedap.
Che Nom kongsikan juga cara untuk masak sotong supaya tak liat dan buncit-buncit hasilnya lepas kita masak nanti. Hasilnya kari sotong yang pekat berempah cukup rasanya dan boleh bau sampai rumah jiran sebelah kalau masak ni. Berbaloi kalau mencuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 800g-1kg sotong
- 2 batang serai
- 1 biji bawang holland
- 2 helai daun pandan
- 3 tangkai cili kering
- 1 tangkai daun kari
- Rempah 4 sekawan
- 3 biji bawang merah kecil *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar *
- 1/2 inci lengkuas *
- 1 inci halia *
- 2 sb rempah kari
- 1 sb serbuk cili
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sb jintan manis
- 1 sb jintan putih
- 1/2 sb lada hitam
- 1 biji tomato
- 3-4 sb santan kotak
- 2 sb sos tomato
- 1 sk kaskas
- Garam secukup rasa
- Perasa jika suka
- Air untuk berkuah
- Cili merah / hijau (pilihan)
- Daun pudina (pilihan)
- Daun ketumbar (pilihan)
- 1Hiris nipis bawang holland, kalau tak ada boleh ganti bawang Bombay atau bawang merah besar.
- 2Potong cili kering kepada 2-3 bahagian.
- 3Serai trim hujung dan buang lapisan keras. Kemudian ketuk biar pecah (titik).
- 4Untuk daun pandan boleh carik dan simpul tapi Che Nom potong kasar je.
- 5Tomato belah 4. Cili besar (pilihan) belah dua.
- 1Lengkuas dan halia kupas kulit dan hiris nipis.
- 2Cincang kasar bawang putih dan bawang Bombay.
- 3Masuk kesemua bahan potong kasar dalam blender. Tambah air sikit anggaran 1/2 tenggelam bahan kemudian kisar halus.
- 4Tuang bahan kisar halus dalam mangkuk.
- 5Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air kalau perlu.
- 6Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
- 1Masukkan jintan putih, jintan manis dan lada hitam dalam kuali. (kalau nak tambah biji ketumbar boleh tapi Che Nom tak tambah sebab dah guna rempah kari).
- 2Sangai atau goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai naik bau.
- 3Tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sampai halus.
- 1Basuh bersih sotong, kemudian selit sotong dengan lidi supaya telur tak terkeluar bila masak. (tak perlu selit dengan lidi kalau belum buang tulang sotong, tapi kalau nak cucuk dengan lidi pon boleh je).
- 2Masak sotong atas kuali panas tanpa minyak (untuk elak sotong kecut dan jadi liat.
- 3Bila sotong dah kecut, bertukar warna putih dan keluar air boleh angkat dan ketepikan. Air sotong simpan untuk masak kari.
- 4Panaskan minyak dan tumis serai dulu sampai naik bau.
- 5Kemudian masukkan bawang holland, daun pandan, rempah 4 sekawan, cili kering dan daun kari. Kacau sampai bawang layu.
- 6Masukkan bahan kisar halus yang dah bancuh dengan rempah kari tadi.
- 7Masak sampai pecah minyak. Masuk 2-3 kali air dan ulang sampai pecah minyak.
- 8Masukkan air sotong, sedikit air, sos tomato, rempah sangai dan rempah kaskas. Kacau sebati.
- 9Masukkan sotong dan kacau sekejap biar sotong bergaul dengan rempah.
- 10Tambah air untuk berkuah.
- 11Perasakan dengan garam dan sedikit santan.
- 12Masukkan cili besar dan tomato.
- 13Bila kari dah mendidih, tutup api dan tabur hirisan daun pudina dan daun ketumbar.
- 14Boleh tambah air kalau suka kuah yang cair dan adjust garam secukup rasa.
- β’Tips untuk dapatkan sotong yang tak liat dan tak kecut, sebelum masak sotong dalam kari, Che Nom masak sotong atas kuali panas tanpa minyak. Masak sampai sotong bertukar warna putih dan air keluar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Yong Tau Fu
undefined...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Udang Goreng Butter
undefined...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai
undefined...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2014

Shell Out
Resepi shell out mudah menggunakan seafood segar. Empat langkah utama: sediakan bahan asas, masak sambal tumis, celur seafood, dan goreng sotong tepung. Jika mahu lebih ringkas, sotong juga boleh dicelur.
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Vietnam Roll Sos Hijau
Vietnam roll yang dicicah bersama dengan sos hijau yang lemak, masam dan pedas rasanya. Menu ni popular kalau buat berniaga, jadi kalau sesiapa yang nak cari duit poket boleh lah cuba.
Diterbitkan pada 11 Julai 2024
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid β Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena βHalauβ di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging β Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...