Resepi Kari Udang Sedap
Kari Udang sedap dan mudah, memang lauk kegemaran Che Nom. Paling ngam dimasak dengan kentang, tapi boleh tambah bahan lain ikut selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Kari Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Memasak
- 1Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (saya tidak buang kulit).
- 2Panaskan 1/2 senduk minyak. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari,bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
- 3Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau supaya tidak hangus. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
- 4Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
- 5Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 17 g
- Lemak
- 29 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 700 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 500 g udang dikira cukup untuk 5 orang.
- Udang dikira 65% isi boleh dimakan selepas buang kepala dan kulit.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; 2 sudu besar diandaikan.
- Garam tidak disenaraikan; 1½ sudu kecil diandaikan untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Udang jangan direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak
Video
Pengenalan
Resipi Kari Udang yang sedap. Kari Udang sememangnya lauk kegemaran Che Nom.
Sesiapa yang tak tau nak masak apa dengan udang, sila lah cuba.
Selalunya Che Nom akan padankan kari udang bersama kentang, tapi boleh juga kalau nak letak bahan lain yang anda suka.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









