
Tomyam Putih ala Restoran Thai
Hi semua, kali ni Che Nom nak share resepi tomyam kuah putih ala Thai yg pedas, masam secukup rasa, sama macam yg Che Nom selalu makan kat Kg Baru dulu. Mmg sedap betul tomyam ni, simple pun nak sedia kan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 3 Jun 202078.4K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 1 kiub ayam
- 2 batang serai
- cendawan tiram
- 1/2 liter air
- 1 inci lengkuas
- 1/2 biji bawang holland
- 3-4 helai daun limau purut
- 5-10 ekor udang
- 6-10 cili padi
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 ekor sotong
- gar am secukup rasa
- tomato
- 2-3 biji limau nipis (ambil jus)
- daun ketumbar
Cara Memasak
- 1Hiris nipis serai, lengkuas dan bawang Holland.
- 2Tomato dan limau nipis belah empat.
- 3Buang tangkai cili padi kemudian belah dua kat hujung, nak tumbuk kasar pon boleh.
- 4Cendawan tiram basuh, dilap kering dan carikkan sederhana besar.
- 5Buang kulit udang sehingga hujung kepala, belahkan dan buang tali hitam, kulit ke ekor dan kepala biarkan jgn cabut.
- 6Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong bulat.
- 7Rebus air sampai mendidih.
- 8Kemudian masukkan kiub ayam, hirisan serai lemgkuas dan bawang holland.
- 9Biarkan reneh sekejap.
- 10Kemudian masukkan daun limau purut yang telah buang tulang tengah.
- 11Seterusnya masukkan cendawan, udang, cili padi dan sos ikan thai. '
- 12Masukkan pula sotong dan garam secukup rasa.
- 13Bila dah mendidih tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis secukupnya.
- 14Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.
Petua & Panduan
- •Kulit dan kepala udang dibiarkan untuk memberi rasa manis seafood yang sedap bila direbus.
- •Buang tulang tengah daun limau purut supaya kuah tak pahit.
- •Sotong perlu masukkan lambat sbb sotong tak boleh masak lama sgt kalau tidak sotong akan liat dan keras.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Budaya Makanan & Kembara
Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Baru
Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Baru
Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





