Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak kicap mudah yang Sedap dimakan bersama nasi panas!

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • 5 tangkai cili padi (dipotong 2)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.
  2. Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.
  3. Tumbuk kasar bahan bertanda *
  4. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasarsehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
  6. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biar 5 minit. Siap untuk dimakan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.