Resepi Daging Masak Kicap Dan Kentang
Menu ringkas tapi sedap menjilat jari, daging masak kicap dengan kentang yang meresap dan lembut. Che Nom kongsi cara perap dan tips cepatkan daging empuk.

Bahan-bahan
Cara Buat Daging Masak Kicap Dan Kentang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Cara Penyediaan Utama
- 1Potong daging (ikut arah lawan urat) sederhana nipis.
- 2Perap daging dengan kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.
- 3Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
- 4Potong kentang dan gaul dengan garam.
- 5Potong daun bawang (anggaran 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja), dan bawang holland (potong tebal membulat).
- 6Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak.
- 7Angkat kentang dan ketepikan.
- 8Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar kasar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau rempah.
- 9Masukkan cili kisar dan bila cili dah masak garing, masukkan serai (yang telah dititik).
- 10Masukkan daging perap dan masak dengan api perlahan.
- 11Bila daging separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak 30-40 minit.
- 12Masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang holland.
- 13Hidang daging dan hias dengan hirisan daun bawang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 450 kcal
- Protein
- 22 g
- Karbohidrat
- 18.5 g
- Lemak
- 29.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 9 g
- Natrium:
- 920 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Daging 500 g dikira potongan rebus biasa (~12% lemak).
- ½ cawan minyak masak dikira 80% kekal dalam kuah dan kentang goreng.
- 'Kicap manis secukupnya' dianggar 3 sudu besar untuk kuah, tambah 1 sudu besar perapan.
- Ini lauk sahaja — nasi tidak dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Potong daging arah berlawan urat, kalau arah berlawanan, bila ditekan daging akan nampak macam rongga-rongga sikit.
- Gula dari kicap manis akan membantu lembutkan daging.
- Goreng kentang api besar, biar perang di luar tapi dalam tak terlalu lembut.
- Selepas masukkan daging, masak dengan api perlahan supaya daging masak lembut.
- Kalau kurang gelap boleh tambah kicap dan kering boleh tambah air.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkentang.
Biasanya kalau masak daging kicap Che Nom suka perap sekejap daging dengan beberapa bahan, biar serap semua rasa. Selain itu, tujuan kita perap ialah untuk lembutkan daging supaya lebih cepat masak nanti.
Dalam video ni juga ada sedikit tips untuk sesiapa nak masak daging lebih lembut dan cepat. Sekolah pun dah buka, jadi menu ringkas macam ni juga yang tetap menjadi pilihan untuk masak kat anak-anak kan?.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









