Resepi Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Ayam masak kicap pekat dan menyelerakan, dimasak bersama kentang goreng dulu supaya lebih manis dan sedap. Lauk ringkas tapi memang padu untuk makan nasi panas.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kupas kulit kentang, potong kepada wedges dan gaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng sehingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan
- 2Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.
- 3Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk. Tumis bahan-bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.
- 5Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.
- 6Masukkan tomato, lada sulah dan bawang holland. Kacau sekejap sehingga layu.
- 7Hias dengan taburan daun bawang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 350 kcal
- Protein
- 16 g
- Karbohidrat
- 26.5 g
- Lemak
- 19 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 11 g
- Natrium:
- 830 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi boleh dimakan bersama kulit.
- Resepi tidak menyenaraikan minyak masak walaupun perlu menumis; 3 sudu besar diandaikan.
- Kicap manis 'secukupnya' dianggar 3 sudu besar dan 'sedikit garam' 1/2 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudan mempunyai cukup rasa masin dan manisnya. Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.
Video
Pengenalan
Ayam Masak Kicap Bersama Kentang yang sangat sedap rasanya.
Dalam resepi ni, kita masukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu, dengan cara ini rasa kentang lebih manis dan sedap.
Kuah ayam masak kicap juga lebih pekat dan menyelerakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









