ResepiCheNom
Resepi Apam Jagung Kukus Tanpa Telur

Resepi Apam Jagung Kukus Tanpa Telur

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 18 biji

Resepi Apam Jagung tanpa telur yang sangat lembut, gebu dan wangi, sesuai untuk minum petang.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan-bahan Apam

  • 1 ½ cawan (165g) tepung beras± 1 ⅓ cawan± 1 ¼ cawan(1 ½ cawan (165g) tepung beras)
  • ½ cawan (62g) tepung gandum± ½ cawan± ½ cawan(½ cawan (62g) tepung gandum)
  • 1 cawan (210g) jagung manis berkrim (dalam tin)1 cawan (210g) jagung manis berkrim (dalam tin)lebih tepat dalam gram
  • ½ cawan (120ml) santan kotak½ cawan (120ml) santan kotak
  • ½ cawan (120ml) air½ cawan (120ml) air
  • ¾ cawan (150g) gula pasir± ¾ cawan± ½ cawan + 4 sudu besar(¾ cawan (150g) gula pasir)
  • ¼ sudu kecil garam¼ sudu kecil garam2g
  • 1 sudu kecil yis kering1 sudu kecil yis kering3g
  • 1 sudu kecil serbuk penaik1 sudu kecil serbuk penaik4g
  • 2-3 titik pewarna kuning (pilihan)2-3 titik pewarna kuning (pilihan)

Bahan Topping Kelapa

  • ½ biji kelapa parut putih½ biji kelapa parut putih
  • Secubit garamSecubit garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul (pilihan)1 helai daun pandan, disimpul (pilihan)

Cara Buat Apam Jagung Kukus

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak
  1. 1
    Dalam mangkuk besar, ayak bersama tepung beras dan tepung gandum. Ketepikan.
  2. 2
    Dalam pengisar (blender), masukkan jagung manis berkrim, santan, air, gula pasir, dan garam. Kisar sehingga semua bahan betul-betul halus dan sebati.
  3. 3
    Tuangkan adunan jagung yang telah dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung. Masukkan yis kering dan kacau menggunakan whisk sehingga adunan tidak berketul.
  4. 4
    Jika suka, masukkan beberapa titik pewarna kuning untuk warna yang lebih menarik. Kacau rata.
  5. 5
    Tutup mangkuk dengan kain bersih dan perap adunan selama 1 jam pada suhu bilik sehingga adunan naik dan berbuih.
  6. 6
    Sementara itu, sapukan sedikit minyak masak pada acuan lompang kecil dan panaskan air di dalam pengukus sehingga mendidih.
  7. 7
    Setelah adunan diperap 1 jam, kacau perlahan untuk membuang gelembung udara besar. Kemudian, masukkan serbuk penaik dan kacau rata.
  8. 8
    Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak sehingga hampir penuh (atau ¾ penuh).
  9. 9
    Susun acuan di dalam pengukus yang telah mendidih. Balut penutup pengukus dengan kain dan kukus selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.

Cara Hidang

  1. 1
    Setelah masak, angkat apam dan biarkan ia suam sedikit selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.
  2. 2
    Untuk menyediakan topping, gaulkan kelapa parut bersama secubit garam. Letakkan daun pandan dan kukus selama 5 minit. Ini bertujuan supaya kelapa tidak cepat basi.
  3. 3
    Letakkan sedikit kelapa parut yang telah dikukus di atas setiap apam.
  4. 4
    Sedia untuk dihidang. Sedap dinikmati bersama teh atau kopi panas untuk minum petang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 ½ cawan (165g) tepung beras bersamaan berapa cawan?
± 1 ⅓ cawan (cawan US 240ml).
½ cawan (62g) tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan adunan jagung dikisar sehingga betul-betul halus. Ini penting supaya tekstur apam jadi lebih licin dan gula larut sepenuhnya.
  • Tambah satu sudu kecil serbuk penaik sejurus sebelum mengukus. Petua ini akan membantu apam merekah cantik dan naik lebih gebu, tak perlu guna eno pun!
  • Balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap menitis ke atas apam, yang boleh menyebabkan permukaannya tidak cantik atau bantat.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Untuk kelapa parut yang tahan lebih lama dan tidak cepat basi, kukus sebentar bersama secubit garam dan sehelai daun pandan.
Video
Pengenalan

Hai semua! Jom Che Nom kongsikan resepi Apam Jagung yang sangat mudah tapi hasilnya memang sedap betul. Keistimewaan resepi ni ialah ia tak menggunakan telur langsung, jadi sangat sesuai untuk yang ada alahan atau tak makan telur.

Hasilnya tetap lembut dan gebu 'toing-toing', dengan haruman jagung berkrim yang wangi satu rumah. Cara penyediaannya pun ringkas, cuma campur, kisar, perap sekejap dan kukus.

Sesuai sangat dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga, atau kalau nak buat untuk jualan kecil-kecilan pun boleh sangat.

Diterbitkan pada 29 Julai 202511.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru