Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Terung goreng rangup disalut kicap bercili yang pedas manis, memang laju habis dengan nasi panas. Resipi ringkas tapi cukup membuka selera, boleh lebihkan cili ikut suka.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 biji terung panjang, saiz sederhana
- 5-10 biji cili padi, hiris halus
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 biji bawang besar. hiris nipis
- Kicap manis
- Garam
- Minyak, untuk menggoreng dan menumis
Cara Buat Terung Goreng Kicap Bercili
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Memasak
- 1Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.
- 3Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
- 4Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 275 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 18 g
- Lemak
- 22 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 9 g
- Natrium:
- 470 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dianggarkan 4 orang sebagai lauk sayur.
- Terung menyerap minyak dengan banyak: serapan 15% pada 400 g terung ditambah 2 sudu besar menumis.
- Kicap manis tidak disukat; 4 sudu besar (~60 g) dianggarkan.
- Garam dianggarkan ½ sudu kecil kerana kicap sudah masin.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.
Video
Pengenalan
Resipi yang Che Nom kongsikan di entry in memang adalah resipi yang sangat mudah tapi cukup membuka selera iaitu Terung Goreng Kicap Bercili.
Macam yang selalu saya coretkan, kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi panjang berjela untuk menikmati masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga :)
Ini adalah salah satu cara untuk masak sayur terung, dan bagi sesiapa yang suka pedas, sila lebihkan cili padi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









