ResepiCheNom
Bihun Goreng Kicap

Resepi Bihun Goreng Kicap

Prep 30 minMasak 15 minJumlah 45 minHidangan 6 orang

Bihun Goreng Kicap yang ringkas tapi padu, warna gelap cantik dengan sayur dan protein sekali. Ikut cara ni, bihun tak lembik atau keras, sedap makan panas-panas.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Bihun Goreng

  • 2 ketul isi ayam2 ketul isi ayam
  • 1 pek/400g bihun1 pek/400g bihun
  • 3-5 ulas bawang putih3-5 ulas bawang putih
  • 1 pek bebola ikan1 pek bebola ikan
  • 2-3 sb cili kisar2-3 sb cili kisar
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap cair2 sb kicap cair
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam
  • 1-2 sb minyak bijan, pilihan1-2 sb minyak bijan, pilihan
  • Kicap manis, secukup rasaKicap manis, secukup rasa
  • Kicap pekat karamelKicap pekat karamel
  • 1 sb serbuk lada sulah1 sb serbuk lada sulah
  • Sayur sawiSayur sawi
  • KubisKubis
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Daun bawangDaun bawang
  • Cili merahCili merah
  • Cili padiCili padi

Cara Buat Bihun Goreng Kicap

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Tekan pecah dan hiris halus bawang putih.
  2. 2
    Fish ball belah dua, nak guna fish cake pon boleh.
  3. 3
    Daun sawi rendam dan basuh bersih. Asingkan bahagian batang dan daun. Daun sawi potong kasar dan untuk batang sawi Che Nom tekan pecah sebelum potong sebelum potong macam biasa.
  4. 4
    Sayur kobis potong kasar.
  5. 5
    Isi ayam potong kecil. Kalau suka seafood boleh tambah udang atau sotong.
  6. 6
    Daun bawang dan cili merah potong halus untuk taburan.
  7. 7
    Cili padi potong kecil.
  8. 8
    Rendam bihun sampai lebut anggaran 15 minit. Bila bihun dah lembut boleh angkat dan tapis.

Untuk Masak

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  2. 2
    Bila bawang putih dan kekuningan, masukkan cili kisar atau cili boh dan kacau sampai cili garing.
  3. 3
    Masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam separuh masak.
  4. 4
    Masukkan sos tiram, fishball, kicap cair dan kicap manis. Kacau sebati.
  5. 5
    Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah, batang sawi dan minyak bijan. Kacau sebati
  6. 6
    Masukkan bihun dan kacau sebati.
  7. 7
    Tambah sedikit air dan adjust lagi air sampai bihun lembut.
  8. 8
    Boleh tambah kicap caramel dan kicap manis kalau kurang gelap.
  9. 9
    Boleh masukkan garam kalau kurang masin.
  10. 10
    Masukkan sayur kobis dan kacau sampai kobis layu.
  11. 11
    Akhir sekali masukkan daun sawi dan masak sekadar daun sawi layu kemudian tutup api.
  12. 12
    Tabur dengan cili merah dan daun bawang.
  13. 13
    Boleh hidangkan bersama cili kicap (cili padi dan kicap cair).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom tak suka batang sawi yang keras dan rasa mentah, sebab tu Che Nom tekan pecah sebelum potong.
  • Che Nom tak celur bihun dalam air panas sebab risiko bihun terlalu lembik sangat tinggi.
  • Untuk resepi ni Che Nom tak guna telur, tapi kalau nak boleh goreng telur dadar dan hiris halus. Tabur hirisan telur masa hidangkan bihun
Video
Pengenalan

Che Nom nak masak menu goreng-goreng harini, iaitu bihun goreng kicap. Bahan-bahannya untuk memasaknya ringkas sahaja, cuma cara untuk memasak bihun ni kalau tak kena gayanya, boleh lembik lah hancur lah ataupun boleh jadi keras kalau tak pandai agak air.

Jadi untuk adik-adik yang baru nak belajar, sesuai sangat tengok resepi ni.

Che Nom suka bihun yang cukup dengan sayur dan protein, barulah seimbang dalam satu hidangan. Rupa dan warna maskaan ni mestilah gelap, sebab dah nama pun kicap kan. Bihun kalau makan panas-panas buat sarapan pagi, tersangat lah mantap. Anak-anak Che Nom bukan main suka lagi makan Bihun Goreng Kicap ni.

Diterbitkan pada 18 Disember 202214K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru