
Sizzling Yee Mee
Untuk resepi mee kali ni, Che Nom nak masak menu sizzling mengunakan yee mee. Kita buat menu ala-ala food court pulak. Mula-mula Che Nom akan sediakan kuah sizzling, dan kriteria utama kuah sizzling yang sedap ialah kuah nya mestilah pekat, cukup rasa pedas dari cili kering, rasa umami dari cendawan shitake, rasa pedas beraroma dari lada hitam, halia, bawang putih dan juga warnanya mestilah gelap dari perbagai jenis kicap yang kita masukkan.
Bahan-bahan pun mudah saja nak sediakan. Kalau makan ramai-ramai satu family waktu panas lagi, mesti best. Dengan kuah sizzling yang panas dan yee mee masih lagi ada rasa rangup tu confirm licin lah makan. Biasanya dimasak bersama sayur dan juga telur. Kalau tak gemarkan yee mee, boleh ganti kuay teow, mee atau pun nasi.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 inci halia
- 4 sb minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
- 500g ayam
- 1 sb serbuk lada hitam
- 1 sk serbuk lada sulah
- 6 cwn / 1.5 liter air
- 1 kiub ayam
- 1/4 cwn kicap manis
- 3 sb sos tiram
- 3 sb kicap cair
- 1 sb kicap pekat karamel
- 8-10 cendawan shitake
- 3 sb tepung jagung
- Sedikit air
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sb minyak bijan
- Yee Mee kering
- Sayur bok choy
- Telur
- 1Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.
- 2Hiris nipis halia. Che Nom guna halia muda sebab bau dan rasa dia lebih mild dan kurang pedas.
- 3Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.
- 4Cendawan shitake bilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan, tapi Che Nom lagi suka potong dua je.
- 5Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil boleh tapI Che Nom biar je.
- 6Untuk ayam Che Nom campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.
- 1Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan halia. Kacau sampai kekuningan dan naik bau.
- 2Masukkan cili kering dan kacau sebati. Boleh kurangkan separuh cili kering kalau nak kurang pedas.
- 3Masukkan ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah. Kemudian masak anggaran 2-3 minit (boleh kurangkan bau hanyir ayam).
- 4Masukkan air dan biarkan kuah mendidih.
- 5Masukkan kiub pati ayam, kicap manis dan sos tiram. Kacau sebati
- 6Masukkan cendawan shitake, kicap cair dan kicap pekat caramel.
- 7Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sampai larut.
- 8Tuang masuk bancuhan tepung jagung separuh dulu, kalau kurang pekat baru masukkan semua. Biarkan kuah reneh sekejap.
- 9Masukkan gula, garam, dan minyak bijan. Kacau sebati dan siap.
- 1Dalam kuali berasingan atau sizzling plate masukkan 2-3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
- 2Masukkan yee mee kering, sayur bok choi dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.
- 3Masuk sebiji telur dan teruskan masak.
- 4Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
- 5Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.
- •Che Nom guna halia muda, bau dan rasa lebih mild dan kurang pedas berbanding halia tua tapi kalau nak guna juga halia tua pon boleh, tak ada masalah.
- •Untuk cendawan shitake kalau takda yang segar boleh guna yang kering tapi kena rendam dulu sampai lembut anggaran 5-6 jam.
- •Boleh kurangkan separuh cili kering kalau tak suka pedas.
- •Untuk kurangkan hanyir ayam, boleh masak ayam dengan bahan tumisan anggaran 2-3 minit sebelum tuang masuk air. Rasa dia akan lebih sedap dari masukkan terus dalam sizzling.
- •Seeloknya letak minyak bijan akhir sekali. Minyak bijan dapat naikkan bau dan aroma kuah sizzling.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak kicap mudah yang Sedap dimakan bersama nasi panas! ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Daging Masak Kicap Dan Kentang
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkent...
Diterbitkan pada 22 Disember 2021

Tauhu Telur Masak Sayur Campur
Kali ni Che Nom nak masak hidangan yang cukup simple, tapi menarik sangat cara nak sediakannya iaitu tauhu telur masak s...
Diterbitkan pada 7 Februari 2023

Terung Goreng Kicap Bercili
Resipi yang Che Nom kongsikan di entry in memang adalah resipi yang sangat mudah tapi cukup membuka selera iaitu Terung ...
Diterbitkan pada 26 April 2015

Sizzling Tauhu Telur Pedas
Kali ni jom masak menu ala Chinese style iaitu Sizziling Tauhu Telur, tapi tak berapa nak ori dah sebabnya Che Nom masak...
Diterbitkan pada 19 Januari 2024

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Ayam Masak Kicap Bersama Kentang yang sangat sedap rasanya. Dalam resepi ni, kita masukkan kentang yang digoreng terlebi...
Diterbitkan pada 5 April 2020
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!