Resepi Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang
Spaghetti masak lemak cili api udang versi fusion, pedas berlemak dan creamy sampai menjilat jari. Che Nom tunjuk cara masak udang elak keras, kuah pun harum padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Spaghetti Masak Lemak Cili Api Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 2 orang
- Kalori
- 650 kcal
- Protein
- 23 g
- Karbohidrat
- 68.5 g
- Lemak
- 31.5 g
- Serat:
- 3.5 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 1700 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '150g spaghetti' disenaraikan dua kali dan dikira sekali sahaja.
- 2 sudu kecil garam dalam air rebusan dikira 15% sahaja diserap pasta.
- Cooking cream 2/3 cawan (165 ml) dikira 195 kcal/100 ml.
- 6 ekor udang dianggar 120 g isi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk rebus spaghetti air kena banyak, sebab kita nak elak suhu jatuh masa kita mula-mula masukkan pasta.
- Berapa lama rebus pasta tu kita tengok arahan dekat peket. Kalau tulis 12 minit, Che Nom akan rebus 7-8 minit untuk dapat texture al dente, sebab nanti kita akan gaul dengan kuah panas kan, biar keras sikit tak pe.
- Kalau nak ganti udang dengan ayam pon boleh, seeloknya pan fry dulu ayam barulah sedap.
- Anchor cooking cream tak mudah pecah kalau kita masak atas api besar pon, stabil je.
Video
Pengenalan
Resepi special kali ni disediakan khas sempena Hari Malaysia iaitu spaghetti masak lemak cili api udang. Menu ala fushion gitu. Nak masak fushion ni kena pandai adjust dengan bahan-bahan untuk dapatkan rasa yang sesuai. Cara masak udang dengan betul untuk elakkan udang jadi keras pun ada ditunjuk sekali.
Untuk kuah lemak cili api, Che Nom akan masak dengan menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream. Hasilnya spaghetti yang pedas, lemak, harum..creamy..dan bikin ketagih bila makan. Kena sangat lah dengan tekak orang kita.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









