Resepi Sotong Goreng Tepung
- Resepi
-
Seafood
- Resepi Sotong Goreng Tepung
- Masa Penyediaan: 10 Minit,
- Masa Memasak:15 Minit,
- Jumlah Hidangan:4
Resepi Oleh: Che' Nom
Resepi Sotong Goreng Tepung, simple dan sedap, menggunakan tepung Gogi yang rangup, hidangan Sotong Goreng Tepung ini pastinya menjadi kegemaran keluarga
Bahan-Bahan:
- 3 ekor sotong
- air sejuk, dari peti ais
- 1/2 cawan tepung Gogi
Cara Penyediaan:
- Bancuh tepung Gogi menggunakan air sejuk sehingga pekat sekata.
- Potong sotong dalam bentuk membulat (ring).
- Keringkan air sotong menggunakan penapis dan lap kering menggunakan kertas tisu.
- Celup sotong dalam tepung dan gorengkan dalam minyak yang banyak dan api sederhana, pastikan juga sotong tenggelam bila digoreng.
- Angkat dan hidang dengan sos kegemaran anda.
Tips:
- Pastikan sotong di toskan hingga tiada air untuk mengelakkan daripada meletup ketika menggoreng dan jangan goreng terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Artikel Berkaitan
Resepi Berkaitan: