Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Kuih Tiram Tak Cukup Sebalang

Prep 1 jamMasak 15 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 8 biji

Kuih tiram rangup berlapis-lapis, doh tepung gandum disapu gris sendiri, gulung dan goreng sampai berongga. Wajib salut gula, memang tak cukup sebalang.

Kuih Tiram Tak cukup sebalang

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan

  • 500g tepung gandum± 4 cawan± 3 ¾ cawan + 2 sudu besar(500g tepung gandum)
  • 2 sb majerin2 sb majerin28g
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 3/4 cwn /187ml air (untuk bancuhan air garam)3/4 cwn /187ml air (untuk bancuhan air garam)
  • 1 cwn / 250ml air (tambahan)1 cwn / 250ml air (tambahan)
  • Gula pasirGula pasir

Bahan Gris

  • 1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan tepung jagung58g
  • Minyak masak secukupnyaMinyak masak secukupnya

Cara Buat Kuih Tiram

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Kuih Tiram

  1. 1
    Bancuh tepung jagung dengan minyak masak sampai jadi pes yang lembut (macam pes ubat gigi) kemudian ketepikan.
  2. 2
    Bancuh dan larutkan garam dengan air.
  3. 3
    Cairkan majerin.
  4. 4
    Masukkan tepung gandum dan majerin cair dalam mangkuk kemudian kacau sampai jadi serbuk kasar (macam serbuk roti).
  5. 5
    Masukkan air garam dan kacau sebati. Tambah air sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh menjadi bulat yang besar
  6. 6
    Gris mangkuk dengan minyak. Letak doh dalam mangkuk tadi dan rehatkan anggaran ½ jam
  7. 7
    Keluarkan doh dan uli sikit.
  8. 8
    Bahagikan kepada 8 bahagian.
  9. 9
    Leperkan doh sampai nipis dan sapu dengan adunan gris sampai rata.
  10. 10
    Gulung doh sampai hujung, lembabkan hujung doh dengan air supaya lapisan doh melekat.
  11. 11
    Potong doh anggaran ½ inci dan leperkan nipis doh.
  12. 12
    Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.
  13. 13
    Kisar gula pasir sampai halus.
  14. 14
    Salut kuih dengan gula sehingga gula bersalut sebati.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 biji · resepi untuk 8 biji

Kalori
440 kcal
Protein
6 g
Karbohidrat
67 g
Lemak
15.5 g
Serat:
1.5 g
Gula:
12.5 g
Natrium:
250 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • '8 keping' dibaca sebagai 8 bahagian hidangan, bukan 8 kuih tunggal (500 g tepung menghasilkan puluhan kuih kecil).
  • Minyak menggoreng tidak disukat; serapan dikira 12%.
  • Gula pasir salutan dianggar 1/2 cawan.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
500g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 4 cawan (cawan US 240ml).
2 sb majerin bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Tambah air sikit demi sedikit masa uli doh, kalau lembik susah nak adjust tambah tepung. Kalau melekit terus uli dan tambah tepung.
  2. Sementara mencanai dan mengulung kuih tiram, doh yang belum diproses perlu ditutup dan jangan bagi terdedah takut nanti doh akan kering.
  3. Api sederhana saja untuk menggoreng takut kalau terlalu panas dalam tak masak dan jadi liat.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak buat kuih yang boleh dikatakan kategori kudap kudapan, kuih tiram atau kuih kapal terbang, kuih lidah buaya, kuih bujang lapok pun ada yang panggil, dan satu lagi namanya ialah kuih lidah jin. Macam mana boleh dapat nama itu pun tak pasti.

Bahan-bahan nak buatnya mudah saja. Kita adun doh dari tepung gandum, kemudian sapu rata dengan gris yang dibuat sendiri. Seterusnya kita gulung dan leperkan.

Bila goreng nanti hasilnya akan jadi lapis-lapis yang berongga dan rangup. Kuih ni wajib disalut dengan gula, dan kalau buat kudap kudapan, sebalang boleh habis makan sorang. Sedap dan bahaya. Kena sembunyi tau.

Diterbitkan pada 10 September 202252.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru